HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Jom Buat SLIME!


- 29 Mei 2013 -

Siapa pernah buat SLIME?

SLIME? APA TU SLIME?

Mesti ramai antara kita yang tak tahu SLIME tu apa, tapi pernah tengok SLIME tanpa tahu itu adalah SLIME! (-,-)" Macam Aku laaa.. Pernah tengok SLIME tapi tak tahu apa ke namanya. Aku panggil benda SLIME ni jeli. Baru semalam tau benda jeli tu dipanggil SLIME *jangan pening eh!* gara-gara Armand nak buat homemade  SLIME lepas tengok video SLIME kat Youtube. Kalau tak, sampai bila pun Aku tak tahu nama jeli yang menjadi objek mainan kanak-kanak tu! 




OK dah tahu SLIME tu apa kan?

Kita biasa nampak SLIME ni dalam slot iklan rancangan kanak-kanak Nickelodeon di TV3. SLIME ni mungkin agak asing di Malaysia *aku rasa* tapi di negara barat ia sangat popular dikalangan kanak-kanak yang menjadikan SLIME sebagai salah satu objek untuk pembelajaran dan permainan. Memang menarik!

Memandangkan Armand memang minat dan suka Sains serta rasa rasa ingin tahu, dia mula Google tentang SLIME. Armand dapat banyak info yang menarik dan berguna. Sebelum ni Armand banyak bereksperimen dengan merujuk buku-buku aktiviti yang Aku dan neneknya belikan. Bila terjumpa video homemade  SLIME kat Youtube jadi la dia macam orang mengantuk yang disorongkan bantal. Selagi Aku tak jawab "YA" selagi tu dia tanya "Mama, Armand nak buat SLIME tu boleh tak? Boleh la Mama.." Makanya Aku pun OK kan juga la..



Siapa pernah buat SLIME sendiri? Kalau pernah buat, JADI KE?

Kepada yang pernah buat - JADI, kongsi la gambar dan pengalaman buat SLIME tu. Aku ada Google tapi tak jumpa lagi blogger Malaysia yang ceritakan (pengalaman) tentang SLIME. Ok Aku kongsikan pengalaman kami pertama buat SLIME ni.




Secara jujurnya, SLIME yang kami buat tu tak menjadi. Bukan setakat tak menjadi malah berlaku letupan pada langkah terakhir. So  kalau nak buat SLIME tu berhati-hati terutamanya kepada yang pertama kali nak buat. Kalau boleh biarlah ada pengawasan orang dewasa. Walaupun eksperimen Armand kali ni - SLIME tak menjadi, ada sesuatu yang beharga yang dia pelajari.



Bahan campuran meletup!

Proses terakhir buat SLIME cuma la tuangkan bahan campuran ke dalam bekas. Itu saja. Tapi entah macam mana, campuran dalam botol tu meletup kuat dan cecair didalamnya terpercik masuk mata. Ruang tamu dipenuhi dengan cecair SLIME. Apa yang menakutkan, botol tu meletup kat tangan Aku, betul-betul dekat dengan mata. Sakit. SERIUS SAKIT. Selepas bunyi letupan tu satu rumah terdiam. Terkejut. Aku pulak tak nampak apa. Dalam hati "Habis la Aku.. Habis la mata Aku.. Habis laaa.."

Terdengar suara Mak kalut tanya "Kenapa? Kenapa ni!?" Boleh bayangkan betapa cuaknya muka Mak walaupun mata tak nampak. Mak dan Armand pimpin Aku ke bilik air. CUCI MATA. Mak gosok dan bersihkan muka Aku. Armand pun. Mulut Mak tak berhenti tanya "Dia ok ke? Rasa macam mana ni? Sakit ke? Jom pergi hospital" Aku diam je. Tak terkata. Yang Aku tahu masa tu mata rasa panas sangat dan sakit. Mata masih tak boleh buka walau dah cuci dan rendam dalam air hampir setengah jam.



MATA TERASA PANAS! Sakit.

Setiap kali cuba buka mata - terasa panas, pedih, sakit. Emak bergegas ambil ais masukkan dalam besen. Cuba hilangkan rasa panas. Alhamdulillah lepas 10-15 minit rasa panas tu berkurangan. Cuba buka mata - KABUR! Masih terasa PEDIH. SAKIT. Tak boleh buka mata lama sangat. Mak peluk bahu, tanya "Macam mana? Boleh nampak tak? Rasa macam mana? Jom pergi hospital la..." Aku diam. Armand yang dari tadi peluk pinggang Aku *ketakutan agaknya* bertanya "Mama.. Mama ok tak..?" Diam juga. Sebenarnya masa ni Aku pun tak tahu nak fikir apa, nak respon macam mana. Cuma dalam fikiran tu dok "Habis la Aku.. Macam mana kalau.. Apa Aku nak buat..? Habis la.. Habis la Aku..!" je. Negatif betul! (x_x)



Dalam sakit Aku ketawa!

Dalam rasa sakit dan keliru tu, Armand luahkan sesuatu "Mama... Mama ok tak... Armand minta maaf... Buka la mata Mama.. Armand sayang Mama..." Tiba-tiba sebak. Aku cuba buka mata sikit, pandang Armand. Nampak airmuka dia risau, takut, sedih. Kemudian Aku balas " Alaaa.. Rileks la Man.. Mama okey la.." Terus sembamkan muka dalam besen *menangis sebenarnya. touching* Mata dah boleh buka walaupun tak lama. Masih rasa pedih, sakit. Beralih ke ruang tamu. Duduk. Armand ikut duduk sebelah Aku. Dia bersuara lagi "Mama.. Armand risau kalau jadi apa-apa kat Mama tadi. Armand takut sangat kalau mata Mama tak nampak lagi.. Nanti macam mana Mama nak tengok Armand.. Macam mana Mama nak masak sedap-sedap untuk Armand.. Siapa nak hantar Armand pergi sekolah.." Suara Armand sebak disitu. Terserlah kerisauan kat muka dia..

AKU KETAWA. "Apa la fikir bukan-bukan.." Padahal hati ni tersentuh sangat. Nak menangis rasanya dengar luahan sayu Armand tu. Aku cover  "Nasib baik la Mama yang buat. Nasib baik la meletup tu kena kat Mama.. Kalau Armand yang buat tadi dan kena kat dia macam mana?" Armand diam. "Mesti dia tak boleh tahan macam Mama kan? So  lepas ni kalau nak buat sesuatu tu kena fikir dulu.. Okey?" Armand peluk Aku "OK Ma, mata Mama macam mana? Dah ok ke? Boleh tak kita cuba buat lagi SLIME tu? Kita guna cara yang lagi satu pulak. Boleh tak Ma..?" (*_*) Ingatkan dah takut, dah serik. Nak marah tak berdaya. Nak tolak tak sampai hati. Maka Aku "OK" kan juga. Kali ke 2 buat Alhamdulillah baru menjadi SLIME tu. Puas hati Armand. Nasib baik la jadi. Kalau tak... 


Nak buat SLIME?

Ada banyak video cara buat SLIME kat Youtube. SLIME pertama yang kami buat tak menjadi tu adalah dari rujukan video kat bawah ni. Kalau ikut video ni dia tak ada bagi sukatan yang tepat untuk bahan-bahannya. Agak-agak je. Sebab tu la tak menjadi, meletup *aku rasa laaa* Ni salah satu cara buat SLIME yang dikongsikan. Kat Youtube ada banyak lagi, cari la. Nak pesan sekali ni; kalau nak buat SLIME ni, tak kisah la bahan dia apa, cara dia macam mana jangan biarkan anak buat sendirian dan hati-hati ok.. 





2 comments :

Alma said...

Coba lem dan Deterjen mrk dinamo.lbh aman...

niesha said...

salah care tuh ...amik gam letak perwarne lpstu amik dinimo letak dlm gam tdi ...kacau sampai jdi..

;