HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Contoh Surat Tidak Hadir Sekolah


- 18 Jun 2013 -

Armand ponteng sekolah sebab Mama MIGRAIN! Kesian Armand.. Dah siap tapi tunggu Mama tak boleh nak bangun. Sakitnya berdenyut-denyut.. Ok berbalik kepada tajuk - CONTOH SURAT TIDAK HADIR KE SEKOLAH. Aku sebenarnya dah lama sangat tak tulis surat-surat ni. Lupa formatnya. Terpaksa la dapatkan pertolongan Encik Google untuk mencari contoh surat. Malangnya dari satu blog ke satu blog, surat contoh tu semuanya sama je = COPY PASTE. Ok ni surat yang Aku buat dengan merujuk contoh surat yang di Google. Moga dapat membantu..




Panduan/Info :

1. NAMA & ALAMAT ibu/ bapa/ waris/ penjaga pelajar.

2. NAMA GURU/ KELAS dan ALAMAT SEKOLAH.

3. Tarikh surat ditulis/ diserahkan kepada pihak sekolah.

4. Perkara/ tajuk surat.

5. Isi kandungan surat - nyatakan SEBAB/ ALASAN/ PENJELASAN ketidakhadiran.

6. NAMA + TANDA TANGAN ibu/ bapa/ waris/ penjaga.


Panduan Ekstra :

Untuk peranggan pertama, isi kandungan boleh diubah mengikut kesesuaian, contohnya :

1. SAKIT - Merujuk kepada perkara di atas, saya ibu kepada <NAMA PELAJAR> ingin memaklumkan ketidakhadiran anak saya ke sekolah pada <TARIKH KETIDAKHADIRAN> adalah kerana <NYATAKAN SEBAB>.

*Biasanya surat ditulis kerana tidak berjumpa doktor dan tiada surat cuti sakit (MC). Tapi kalau dah jumpa doktor + dapat surat MC tak perlu tulis surat lagi. Bagi MC je dah cukup.

2. KELUARGA - Merujuk kepada perkara di atas, saya ibu kepada <NAMA PELAJAR> ingin memaklumkan ketidakhadiran anak saya ke sekolah pada <TARIKH KETIDAKHADIRAN> adalah kerana <kami sekeluarga pulang ke kampung di Kedah atas urusan keluarga>.

*Urusan keluarga ada macam-macam kan? Ubah je ayat dalam kurungan mengikut kesesuaian.

3. KEMATIAN - Merujuk kepada perkara di atas, saya ibu kepada <NAMA PELAJAR> ingin memaklumkan ketidakhadiran anak saya ke sekolah pada <TARIKH KETIDAKHADIRAN> adalah kerana menziarahi <HUBUNGAN DENGAN SIMATI> di Kedah.

*Alasan kematian juga lebih kurang sama dengan SAKIT. Tak perlu buat surat kalau ada salinan sijil kematian.


1 comment :

Anonymous said...

Good day! I could have sworn I've visited your
blog before but after going through a few of the posts I realized it's new to me.
Anyhow, I'm certainly pleased I found it and I'll be book-marking it and checking back regularly!


My web site :: Nannie's homepage

;