HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

LILAC - Langkawi International Laksa Carnival 2013


- 3 Jun 2013 -

LILAC tu apa?

LILAC tu singkatan daripada perkataan 'LANGKAWI INTERNATIONAL LAKSA CARNIVAL'. Laksa pun ada karnival, hebat kan? *huhuhu* Pernah pergi LILAC? Mungkin ramai yang tak tahu apa itu LILAC dan belum pernah ke LILAC kan? 2013 adalah tahun pertama LILAC diperkenalkan di Langkawi. Karnival ini adalah salah satu tarikan untuk menarik lebih ramai lagi pelancong ke Langkawi. LILAC ni di adakan 2 tahun sekali. 




Apa istimewanya dengan LILAC ni?

OK Aku boleh tahu tentang LILAC ni dari signboard  besar kat Pekan Kuah masa jemput Intan balik sekolah. Satu perkara je yang menarik perhatian Aku kat signboard  tu - 'HADIAH BERNILAI RM50,000' *hehehe* Tapi bila tengok acara yang dipertandingkan, hadiah tu ti-ba-tiba jadi tak berapa menarik. Pulakkk! Pertandingan Memasak Laksa Tradisional dan Laksa Kontemperari, dan makan laksa paling pantas. Errr.. Aku tak berapa nak pandai masak laksa.. Kalau makan tu boleh je! (",) Ada apa lagi dengan LILAC selain pertandingan tu?



Hari Pertama.

Kami datang agak lambat, memang lambat sangat dah! Lewat petang baru sampai LILAC sebab bawak Intan apply kemasukan ke Universiti dulu. Sampai ngam ngam cabutan bertuah diumumkan. Lepas tu habis, sambung esok (x_x) Walaupun terlewat untuk pertandingan dan acara lain, kami sempat merasa beberapa jenis laksa yang dijual di gerai-gerai LILAC yang masih dibuka. Antara laksa yang kami rasa ialah Laksa Vietnam, Laksa Penang dan Mee Kolok Sarawak. Laksa Vietnam tu macam Kueteow sup, biasa je tapi ada la rasa dia tersendiri. Laksa Penang tu biasa la kan. Mee Solok Sarawak tu sedappp! Pertama kali makan. OK tu je dulu. Semua full tank! Esok datang lagi..




Hari Ke Dua.

Sampai awal lebih kurang jam 10.30am! Master Chef Jo baru nak mulakan demo memasak laksa kontemperari resepinya - Laksa Goreng. Bahan-bahan dia tak teringat pulak nak salin *takpe boleh google* Laksa goreng tu 100% gunakan bahan-bahan tradisional, siap letak jantung pisang lagi (",) Tapi rasa dia memang la sedap. Itu namanya merasa makanan yang tak pernah dirasa sebelum ni. OK lepas demo Chef Jo > cabutan bertuah > demo Chef Zam. Masa demo Chef Zam ni kami tak tengok sebab perut sudah lapar! Tuju ke gerai-gerai laksa. Aku makan Bakso, Armand dan Intan makan Mee Kolok Sarawak. Bakso tu sangat la sedappp!

Lepas makan balik rumah - solat. Lepas tu sambung LILAC balik. Emak pun nak ikut *hehehe* Pertandingan makan laksa bermula. Kami tak menang pun.. Kesian Armand siap kosongkan perut semata-mata pertandingan makan laksa tu.. Aku rasa, sepatutnya penganjur kena asingkan peserta mengikut kategori. Tak aci la kalau lelaki, perempuan, kanak-kanak bertanding sekali kan? (",) Lepas tu pertandingan masak laksa, kami tak tengok pun. Kami pergi ronda-ronda kat Laman Padi dan booth karnival sementara menunggu sesi cabutan bertuah.

HAMPA. Kami tak menang satu cabutan bertuah pun. Pulanglah kami semua selepas cabutan bertuah. Takpe la tak menang apa-apa pertandingan pun. Menang makan kat gerai-gerai laksa pun okey apa, kenyang! Tiba-tiba Armand tanya "Mama.. esok last day kan? Esok kita datang lagi la.." Aku faham tu.. Armand nak repeat pertandingan makan laksa.. Aku balas "Uhh NO NO NO, cukup la.." So  untuk jawapan 'NO' yang menghampakan Armand tu, kami divert dengan singgah gerai LILAC makan laksa lagi. Aku makan Laksam, Armand makan Laksa Sarawak, Intan makan Laksa kedah. Semua sedap!


Keratan cabutan bertuah : 02990 (Intan) 02991 (Armand) 02992 (Aku).

Bergambar dengan Master Chef Malaysia.
"Eh awak pun ada kat sini..." Aku senyum "Sini kampung saya chef" (^_^)

Mak exited dapat jumpa chef Jo (^_^)


Baru tahu chef Sherson Lian ni chinese...


Bergambar kenangan dengan chef Zam.
Armand macam solat je (-,-)
Armand makan banyak wooo!

Sekian. TAMAT.

No comments :

;