HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Kueteow Goreng Berempah NY


- 27 Julai 2013 -

Resepi : tyara NY
Kategori : Aneka Mee | Kueteow
Saiz hidangan : 3-4 orang

Sinopsis : OK kuetow ni adalah resepi rahsia Aku. Ramai yang minta resepi ni tapi Aku bagi senyuman je. Serius Kueteow Goreng Berempah ni memang sangat la sedap! Ramai yang berteka-teki, bertanya rempah apa yang Aku guna? Jawapannya TAK ADA sebarang rempah. Ye ke? Habis tu kenapa rasa berempah? Errr.. entah laaa (",) Ok memandangkan ramai yang tanya + minta resepi ni, Aku kongsikan resepinya kat sini. Ni kueteow goreng biasa je.. Tapi bila ramai sangat yang cakap ada rasa rempah, Aku namakan resepi ni Kueteow Goreng Berempah NY.

Maka dah terbongkar la bahan-bahan kueteow goreng Aku dalam resepi ni. Tak ada rempah pun. Mungkin kombinasi bahan-bahan yang digunakan buatkan ia terasa seperti berempah. Ok kepada yang tanya resepi kueteow ni sebelum ni, boleh la cuba ye. Kepada yang dah cuba tapi tak dapat rasa yang sama sepertimana Aku buat, entah la.. Air tangan masing-masing la kot. Cuba lagi sampai jadi. Resepinya Aku dah kongsikan tanpa culas sikit pun (*_^)



- Bahan-Bahan -

*Kueteow - 1 bungkus
*Isi ayam - 1 cawan (dipotong kecil/dadu)
*Tulang ayam - dari isi ayam yang dipotong kecil
*Baby kailan - secukupnya
*Serbuk cili - 1 peket kecil
*Bahan tumis - secukupnya (dikisar)
*Cili padi - ½ cawan
*Sos cili - ½ cawan
*Sos tomato - ½ cawan
*Sos tiram - secukupnya
*Kicap manis - secukupnya
*Buah tomato - 1 biji (potong 4)
*Air masak - 1 cawan/secukupnya
*Garam - secekupnya


- Cara Membuat -

1. Goreng bahan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan bancuhan serbuk cili dan cili padi - kacau selalu hingga cili betul-betul masak.
3. Masukkan tulang ayam, sos cili, sos tomato dan sos tiram - kacau rata.
4. Masukkan 1 cawan air dan renih tulang ayam dengan api perlahan sehingga air kering separuh.
5. Masukkan isi ayam - kacau rata dan biarkan sehingga isi ayam masak.
6. Masukkan baby kailan, tomato dan garam - gaul rata.
7. Masukkan kueteow dan kicap manis secukupnya - gaul sebati hingga masak. SIAP!


Nota : Proses memasak dari mula hingga akhir adalah menggunakan api perlahan. Dengan cara ni rasa bahan tumis, rempah dan sos akan meresap kedalam ayam, sayur dan kueteow. Tulang ayam tu kalau tak nak boleh keluarkan sebelum step ke-5. Kalau nak pedas tambahkan boleh tambahkan cili padi atau serbuk cili. Selamat mencuba (^_^)


2 comments :

eMMe said...

ko rajin masak ek... hurm... aku pun rajin... hahaha.. InshaAllah..takleh bwk sgt malas tu kan...

ME illusionist said...

Tak ada la rajin tapi memang hari-hari kena masak. Kalau ada resepi boleh kita saling bertukar dan mencuba ;)

;