HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Adab Bertamu Di Rumah Orang


- 9 Disember 2013 -

Assalamualaikum

Finally...
Ada juga isu untuk dijadikan artikel.

Tulisan kali agak panjang *memang panjang!* Sebelum Aku kongsikan pengalaman sendiri bertamu di rumah orang, Aku nak berkias-kias sikit tentang ADAB BERTAMU DI RUMAH ORANG.  Ya, sejak kecil lagi sehingga kini Aku sentiasa bertamu di rumah kaum keluarga atau saudara mara kerana hubungan kekeluargaan yang sangat erat diantara kami semua. Dan sewaktu zaman bujang dulu pun Aku selalu bertamu di rumah kawan-kawan. Bertamu yang Aku maksudkan bukanlah singgah seketika tetapi bermalam di rumah mereka yang Aku kunjungi.



Bertamu pun ada adab ke?
Ya laaa, tanda kita ni beradab!


Dunia ni pun dibangunkan dengan adab dan peraturan kan? Cuba bayangkan apa akan jadi jika dunia tanpa adab dan peraturan. Ada adab dan pertaruran pun dunia masih tidak mampu diuruskan dengan sebaik dan sebagusnya! OK, cuba balik buku sejarah masa sekolah menengah dulu dan baca balik sejarah peradaban manusia.  Lagi baik kalau baca peradaban dalam Islam yang disarankan kepada seluruh umat untuk mengikutinya. Kalau dah baca jangan pandang sebelah mata tapi amalkan, praktikkan! Kalau malas sangat nak membaca, dengar + ikut + buat apa yang emak ayah kita ajar. KALAU BAIK, AKAN JADI BAIK la. KALAU TAK BAIK, HASILNYA TAK BAIK la. Simple as that!


ADAB TU PENTING KE?
*apa punya soalan daaa*


Rasanya tak perlu Aku jawab semua orang pun tahu jawapannya kan? (^_*) Dalam kehidupan seharian, dalam menjalani kehidupan sebagai seorang manusia yang ada akal dan fikiran, tentu-tentunya ada tu penting. SANGAT PENTING. Adab tu melambangkan diri kita malah keluarga kita terutamanya ibubapa yang membesarkan kita. Tanpa adab, bukan hanya kita yang akan dikritik *dikata, dicerca, dikutuk, diumpat dan sewaktu dengannya* malah kedua ibubapa turut terkena tempiasnya! Mungkin ada orang yang tak kisah tentang perkara berkaitan adab ni tapi AKU KISAH ok. Terima kasih kepada Mak & arwah Abah yang telah mendidik serta mengajar Aku dan adik-adik sejak kami dilahirkan sehingga saat ini.. *al-fatihah untuk arwah Abah*


Balik kepada tajuk.
TAHUKAH ANDA?


Bila kita bertamu di rumah orang, secara automatik segala kebiasaan, rutin harian, cara tuan rumah menjalani kehidupan di rumah serba serbi berubah. Bukan saja-saja ubah tetapi mengambil pendekatan 'SIMPAN PRIVASI' seketika sementara menerima kunjungan tetamu. Kalau ikutkan bukan la tuan rumah tak boleh teruskan kebiasaan tu tapi kerana nak tetamu rasa selesa dan supaya dapat layan tetamu dengan lebih baik. SEBAGAI CONTOH; Mungkin kebiasaannya tuan rumah makan sehari sekali, tapi bila tetamu datang dia kena masak 3x sehari. Mungkin tuan rumah selalu berguling-guling di ruang tamu bila menonton tv, tapi bila tetamu datang dia dah tak boleh guling-guling, baring atas sofa sendiri pun tak boleh! Mungkin tuan rumah biasa buat aktiviti dan hal sendiri, bila nak masak, bila nak makan, ada urusan suka-suka boleh keluar uruskan, nak ke sana sini senang, nak buat aksi apa pun boleh. Tapi bila ada tetamu datang bertandang, bermalam, semua tu terkawal. Semuanya kerana nak menyambut dan melayan tetamu dengan baik supaya mereka rasa selesa.


Tapi...
Adakah kita layan baik tuan rumah yang melayan kita dengan baik?


Well.. Kalau bertamu sehari dua di rumah orang mungkin tak menjadi masalah bagi si tuan rumah. Tapi kalau bertamu yang lama-lama mungkin akan membuatkan tuan rumah rasa tak selesa di rumah sendiri malah terasa beban dalam melayan tetamu. Ini kerana rumah adalah tempat yang paling selesa dan privasi kepada penghuninya. Untuk mengurangkan rasa tak selesa dan bebanan tuan rumah, tak salah kalau kita ambil pendekatan dengan mengikuti kebiasaan tuan rumah selama kita bertamu agar sama-sama rasa selesa dalam satu rumah. Oppsss! Tapi bukannya buat rumah orang macam rumah kita sendiri ye. Dan tak perlu la merasa kita adalah tetamu yang perlu dilayan setiap masa. Insha Allah bila datang lagi tuan rumah alu-alukan kita.


Andainya kita ingin bertamu di rumah orang dalam jangkamasa yang lama;


Jangan la datang sehelai sepinggang dengan satu beg berisi pakaian yang dalam-dalam je dan harapkan tuan rumah sediakan kain baju untuk kita pakai, hanya kerana kita tak mahu bawa angkut beg berat berisi pakaian sendiri! (-,-)" Walau betapa rapatnya kita dengan tuan rumah, hormatilah dia selaku tuan rumah serta seluruh harta benda didalam rumahnya. Jangan suka-suka usik tanpa izin. Tak ada siapa pun yang suka barangnya diusik termasuk kita kan? Dahulukan tuan rumah sewaktu/selama kita keberadaan kita dirumahnya, misalnya, jika tuan rumah melakukan kerja rumah seperti mengemas dan memasak, ringankan la tulang membantu apa yang perlu kerana kita juga tinggal bersama. Berikan sedikit perbelanjaan dapur untuk meringankan beban kos perbelanjaan selama kita bertamu. PALING PENTING JANGAN MEMINTA-MINTA! Pendek kata, pandai-pandai la bawa diri di rumah orang, tempat orang.


INGAT.
Tuan rumah bukan la orang gaji.
Kita bukan la tanggungan tuan rumah untuk meminta-minta.
JANGAN AMBIL KESEMPATAN!


Hhmmm.. Aku nak ceritakan pengalaman sendiri menjadi tetamu dan bertamu di rumah orang tapi entri ni macam dah panjang pulak (",) Rasanya macam tak perlu dah cerita pengalaman Aku tu sebeb poin utama semua dah ada dalam kias-kias di atas. OK kesimpulannya, cuba kita FIKIRKAN, INGATKAN, KENANGKAN sewaktu tuan rumah bertamu dan menjadi tetamu di rumah kita. Adakah dia bersikap sama seperti kita ketika menjadi tetamu/bertamu di rumahnya? Atau ADAKAH KITA BERSIKAP SEPERTIMANA DIA KETIKA MENJADI TETAMU KITA? Lihat dan bezakan. Yang mana nampak beradab, sopan dan baik sebagai seorang tetamu dan bertamu?

Fahamilah juga.. Ada tuan rumah yang tak akan beritahu yang dia tak selesa, ada urusan lain, tak berduit dan sebagainya kerana menjaga hati tetamu. Tak mahu tetamu berasa serba salah. Kalau bertamu di rumah yang tuannya beradab dan tahu adab melayan tetamu - UNTUNG LA. Tapi kalau dapat tuan rumah yang sedar, tahu, terang lagi bersuluh yang dia dah macam orang gaji kepada tetamu tapi masih juga tak berbunyi lagi untung! Kan? Memang tak salah peribahasa Melayu "Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi, yang indah itu bahasa, yang baik itu budi". Jangan lupa peribahasa yang satu ni "ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA". Oppsss ada satu lagi "BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI". Ok cukup. Ni rujukan ekstra tentang adab bertamu di rumah orang, sila baca : Adab Berkunjung Dalam Islam | Adab-Adab Bertamu | Adab Bertamu | Adab Bertandang - Jaga Hak Tetamu & Tuan Rumah | Adab Bertamu di Rumah Orang. Kalau rajin boleh Google sendiri yang lain.


Cuba tanya diri kita,
Adakah kita ni beradab bila bertamu di rumah orang?
SEKIAN TULISAN.


No comments :

;