HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Bila Dunia Gelap


- 26 Januari 2014 -

Kisah awal pagi;

Hari Ahad. Tepat jam 5.30am handphone Aku berbunyi. Alarm. Lagu Lets Get Loud nyanyian Jennifer Lopez. Bising. Bingit (x_x) Aku bangun kemudian kejutkan Armand. Sementara Armand mandi, Aku masak air dan sediakan sarapan. Pagi ni Armand sarapan kek coklat yang dia sendiri buat malam tadi (",) Aku bekalkan juga kek coklat untuk Armand dan BFF dia di sekolah. Terdengar azan Subuh dilaungkan. Siap sediakan sarapan dan bekal untuk Armand, Aku ke bilik air mengambil wuduk. Solat. Selesai solat, baru menadah tangan untuk berdoa tiba-tiba......


BLACKOUT!



Terkejut! Lagi terkejut + kalut bila Armand menjerit-jerit memanggil Aku "MAMA! MAMA! MAMA!" Kelam kabut Aku bergegas pergi pada Armand (-,-)" Aku peluk Armand kemudian berbisik "Jangan bising, takut ada orang kat luar rumah. Mama nak ambil parang sekejap" Armand mengikut sambil tangan tak lepas pegang belakang telekung Aku. Sebaik capai parang Aku terus ke pintu depan. Aku minta Armand buka pintu sliding sementara Aku standby keluar dengan parang. Takut? Jangan cakap la. Jantung Aku dup dap dup dap kemain bukan main kuat! (*_*) Memang takut. Kalau Aku tunjuk rasa takut tu, Armand lagi la takut kan?

Pintu terbuka. DUNIA GELAP GELITA. Aku meninjau, pandang sekeliling rumah. Rupanya bukan seperti yang Aku fikirkan. Tak ada sesiapa yang putuskan bekalan elektrik. Seluruh kawasan bergelap. Lega (",) Berbekalkan lampu suluh dari handphone, Armand bersiap, Aku kembali ke sejadah, berdoa. Sebenarnya Aku rasa kecut perut. Takut. Ye la, kanan kiri depan belakang rumah Aku mana ada jiran. Kalau jadi apa-apa, menjerit minta tolong siapa pun tak dengar! (-,-) Terpaksa bergantung pada diri sendiri dan senjata yang ada.


DI SEBALIK KEGELAPAN


Masih terasa kecut perut. Parang tak lepas dari tangan. Ye la, dalam gelap macam tu macam-macam bahaya yang kita tak nampak.  Expect the unexpected. OK. Sewaktu nak masuk dalam kereta, disebalik keliling yang gelap pekat, terdengar bunyi angin yang halus, kedinginan Subuh menggigit kulit, sejuknya hingga ke tulang. Tiba-tiba Aku terfikir "Gelap macam ni ke dunia bila ditiupkan sangkakala yang pertama?..." Rasa takut sebelumnya terus hilang berganti rasa takut bila terbayangkan kekuasaan Allah. Ngeri. Menilai diri. Mengira amalan. Istighfar. "Kenapa Ma?" pertanyaan Armand mengejutkan Aku dari lamunan. "Tak ada apa la...Dah jom pergi sekolah"

Entah la. Tak tahu kenapa perkara macam tu boleh masuk dalam fikiran Aku. Sejak akhir-akhir ni Aku asyik terbayangkan macam tu. Bukan setakat terbayang malah terbawa sehingga tidur, bermimpi. Teringat mimpi Aku beberapa minggu lepas. Itu la mimpi yang paling ngeri seumur hidup Aku. Seolah-olah ia benar-benar terjadi. Betapa seksa dan sakitnya rasa... Terasa walaupun Aku terjaga dari tidur. Astagfirullah... Sekali lagi Aku menilai diri. Aku mengira-ngira amalan. Terasa kerdil. Ya Allah...


4 comments :

eMMe said...

berdua je kat rumah mmg la takot... i pun takot you....sediakan torch light... senang nak capai n suluh.. tak yah teraba2.. why parang ek?

Tyara NY said...

Berdua tu dah biasa. Tak ada la takut sangat. Yang takut tu bila ada stalker yang tunggu peluang 'cari makan' dalam rumah. Dah 5,6 kali jadi. Tu yang berkepit dengan parang je.......

eMMe said...

masih tak faham... mudah blackout ke area umah u tu ziah? u dok mane?umah jenis apa? umah tingkek2 ke?

Tyara NY said...


Huhuhu bukan mudah blackout la.... Orang selalu pecah masuk rumah. Kita ada kat rumah ke, tak ada ke, selamba je dia masuk 'cari makan'. Rumah ME tak bertingkek pun, cuma tepi hutan je...... (",)

;