- 21 Januari 2014 -
Resepi : tyara NY
Kategori : Kek
Kategori : Kek
Sub Kategori : Kek Coklat
Saiz Hidangan : untuk 4-5 orang
Sipnopsis : Selalunya beli jeee. Tak pernah buat kek lagi. Ni pertama kali buat kek (",) Kebetulan terjumpa satu resepi Kek Coklat sewaktu 'menjelajah'. Macam best je. Macam senang je. Macam tak banyak bahan je. Macam sesuai je untuk beginner macam Aku mecuba. So nak cuba buat laaa (^_^) Bila lagi nak belajar buat kek kan? Hasilnya? Alhamdulillah percubaan kali pertama menjadi - weee! Errr. . Komen tulus ikhlas dari Bonda dan Mr. Hubby - rasa dah ok cun sedap cuma manis leting! *eh? hhmmm* Tak apa, pertama kali kan? Tunggu la lain kali. .
- Bahan-Bahan A -
*Telur - 4 biji
*Gula Pasir - 1 cawan
*Minyak Masak - 1 cawan
*Susu Pekat Manis - 1 cawan
*Esen Vanila - 2 penutup
- Bahan-Bahan B -
*Tepung Gandum - 1 cawan
*Serbuk Koko - 1/2 cawan
*Milo - 1/2 cawan
*Serbuk Penaik - 1/2 camt
*Soda Bikarbonat - 1/2 camt
- Cara Membuat -
1. Masukkan semua bahan A dalam blender - kisar sehingga halus.
2. Ayak semua bahan B dalam satu bekas.
3. Campurkan bahan A dan bahan B - gaul rata/ sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan marjerin.
5. Kukus dengan api perlahan selama 1 jam atau sehingga masak. SIAP!
*pastikan air telah mendidih sebelum kukus*
Langkah 1 - Pukul Bahan A hingga sebati. |
Langkah 2 - Ayak semua Bahan B. |
Langkah 3 - Tuangkan Bahan A ke dalam bekas Bahan B. |
Langkah 3 - Tuangkan Bahan A ke dalam bekas Bahan B. |
Langkah 4 - Gaul sebati Bahan A dan Bahan B. |
Langkah 5 - Tuangkan adunan ke dalam loyang. |
Langkah 6 - Bakar selama 60 minit atau sehingga masak. |
Nota : Aku ulang buat kek ni lagi. Atas komen tulus ikhlas yang diberikan Bonda dan Mr. Hubby, Aku kurangkan gula kepada sukatan 1/2 cawan dengan kukus menggunakan magic pan pula. Hasilnya lebih cun berbanding menggunakan pengukus tradisional bertingkat (",) OK - ada rahsia disebalik pembikinan kek ni. . Aku tak letak serbuk penaik pun sebab tak ada *huhuhu* Elok je naik/ kembang walaupun tanpa serbuk penaik. Dan bila dah kurangkan gula baru la terasa coklat yang sesedap + secukup rasa! Om nom nom (*_^)
2 comments :
i penah buat coklat kek, tapi tiada bahan seperti A dan B tu.. campur skali blend/mix trus.. sedap juge..
hehehe... i ade gak dpt resepi gini tapi tak penah try... mesti sdap kan...
Hehehe itu segera punya. Tak apa asalkan buat sendiri. Resepi ni copy paste je. Nak tau sedap ke tak cuba la buat :)
Post a Comment