HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Makanan Sugar Glider - BUAH



Di bawah adalah senarai buah-buahan yang boleh diberikan kepada suggie.




> Aprikot | Avokado | Kiwi | Strawberi

> Buah Pear | Pic | Plum | Epal

> Pisang | Mangga | Betik

> Beri Hitam | Blueberry | Kranberi | Rasberi | Ceri

> Buah Sukun | Jambu Batu | Jambu Air

> Tembikai | Tembikai Susu | Nenas

> Kelapa | Nangka | Durian

> Kurma | Kismis | Prun | Anggur | Roselle

> Longan | Delima | Markisa | Jeruk Bali

> Buah Kumkuat | Pamelo | Tomato Ceri

> Buah Lemon + Kulit | Limau Mandarin + Kulit

> Buah-Buahan Dalam Tin


Nota : Berdasarkan senarai di atas, macam semua buah boleh diberikan kepada suggie kan? Ada tapinya ye. Bukan semua buah sesuai dijadikan makanan kerana boleh memberi mudarat kepada suggie jika dimakan dalam kuantiti yang banyak atau dalam jangkamasa yang panjang. Contohnya buah EPAL, PISANG & DURIAN kerana ia tinggi kandungan fosforus. Sebaiknya elakkan la dari memberi suggie makan buah-buahan tu, banyak lagi buah lain kan?

Kesan buah-buahan yang tinggi kandungan fosforus terhadap suggie; EPAL - Biasanya ramai penjual suggie mencadangkan buah epal  sebagai makanan suggie. Namun kandungan fosforus yang tinggi dalam epal menghalang penyerapan kalsium dalam tubuh badan suggie. Apabila itu berlaku, suggie akan kekurangan kalsium yang akan menyebabkan tulangnya rapuh! EPAL ADALAH PENYEBAB UTAMA SUGGIE MENGIDAP PENYAKIT LUMPUH KAKI - HLP ( Hind Leg Paralysis ) *HLP adalah penyakit lazim yang berlaku kepada suggie*

Selain dari Epal, pisang juga tinggi fosforus. Ia menyebabkan bulu suggie gugur seterusnya melemah badan suggie sehingga menyebabkan kematian. Kedua-dua buah ini, epal dan pisang, jangan beri suggie makan dalam kuantiti yang banyak apalagi dalam jangkamasa yang panjang. Selain itu, buah Durian juga tidak bagus diberikan kepada suggie. Adalah lebih baik tak beri langsung kerana ia membuatkan suggie panas dan tidak selesa badan dan juga menyebabkan kematian.

1 comment :

eMMe said...

berkasiat gitu...

;