HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Menjinakkan Sugar Glider



BONDING.


Bonding adalah proses menjinakkan suggie. Kebiasaannya, setelah langkah 'Keperluan Asas Pelihara Sugar Glider' lengkap dan memiliki suggie, pemilik perlu melakukan proses bonding atau taming kepada suggie. Istilah bonding sebenarnya bermaksud PERCAYA. Percaya yang dimaksudkan ialah suggie merasa selesa dan suka dengan pemiliknya. Suggie yang sudah bonded tidak akan crabbing apabila dipegang, dibawa ke mana-mana. Antara faktor dalam proses bonding ialah :

1. Bau tubuh : Ini melibatkan pembiasan bau tubuh badan pemilik kepada suggie. Bau badan adalah penting untuk suggie mengenal pemiliknya, yakni siapa yang menjinakkan, memberikan, bermain serta membawanya ke mana-mana. Kesimpulannya, adalah satu kelebihan kepada pemilik yang mempunyai bau badan kerana suggie dengan cepat dan mudah bond  dengan bau pemilik mereka yang menonjol. Jadi, ketika proses bonding ini adalah lebih baik tanpa mengenakan losyen tangan atau pewangi!

2. Seawal usia 2 bulan : Usia sesuai untuk proses bonding ini ialah setelah joey (anak suggie) berusia 2 bulan. Suggie di usia ini lebih menerima dan terbuka persekitaran serta orang di sekeliling. Ini kerana joey masih fresh mengenai dunia dan belum pernah dikendalikan oleh manusia. Walaupun begitu, ini tidak bererti suggie yang lebih berusia (beberapa bulan atau tahun) tidak boleh dijinakkan. Ia bergantung kepada perwatakan/ personaliti suggie. Yang paling penting, hendaklah bersabar melakukan proses ini yang mengambil masa seminggu hingga sebulan atau mungkin lebih dari itu.

Kesimpulannya; suggie yang muda lebih mudah dijinakkan berbanding suggie yang lebih berusia. Faktor usia yang sangat matang, terlalu lama dibiarkan liar, terdedah dengan pengalaman buruk seperti penderaan fizikal, masalah kesihatan yang berlarutan, stress dan sebagainya - memerlukan masa yang agak lama untuk dijinakkan. Apa pun tidak mustahil suggie akan jinak jika pemilik bersabar sehingga ia berlaku!

3. Bunyi crabbing : Kebiasaanya suggie akan membuat bunyi crabbing ini bila pertama kali berkenalan dengan pemiliknya. Jangan takut, jangan risau, itu adalah tabiat normal suggie. Bunyi crabbing bukan la bermakna suggie marah, tapi ia adalah kerana ia merasa takut dan mahu mempertahankan diri. Ia tidak akan berbunyi crabbing setelah jinak dan biasa dengan pemiliknya atau berkemungkinan suggie dalam keadaan lemah/ sakit.


PROSES BONDING.
-Antara keperluan yang diperlukan : -

1. T-Shirt : yang tidak lagi digunakan. Pakai t-shirt tersebut semalaman dan letakkan di dalam sangkar suggie atau sidai di atas sangkar. Dengan cara ini suggie akan mencium bau pemiliknya dari baju dan memudahkan ia mengenali siapa pemiliknya.

2. Bonding Pouch : Letakkan suggie dalam pouch. Lakukan pada waktu pagi/ petang/ ketika suggie tidur (jika ia masih crabbing dan tidak biasa dipegang). Masukkan pouch dalam baju dan bawa ia ke mana-mana. Bau badan, bunyi suara, pergerakan anda akan membuatkan ia biasa dengan anda.

3. Treats : Jika anda dan suggie berada di tempat yang sunyi atau bilik yang kosong, panggil namanya dan tunggu ia datang ke tangan anda. Kemudian berikan treat dan usap kepalanya. Biasa memanggil nama suggie supaya ia tahu namanya.

4. Cebisan kain : atau t-shirt. Lap kain atau t-shirt pada muka, atau gunakan semalaman. Carik-carikkan dan letakkan dalam bonding pouch/ sleeping pouch supaya suggie kekal biasa dengan bau anda.


Nota : Proses bonding ini tidak mengambil masa semalaman dan memerlukan kesabaran. Ulangi dan lakukan proses di atas secara konsisten untuk mendapatkan suggie yang jinak kurang dari sebulan atau paling cepat seminggu. Selamat berjaya!

3 comments :

eMMe said...

byk nye SG u... suke ek.. tak de bau ek SG banding hamster.. bau tahi nye Ya Ampun.... busuk amat...

Tyara NY said...

Memang banyak, berekor-ekor tapi bukan I punya (",) Adik punya. Binatang semua ada bau Me, sama la dengan suggie ni. I dah imun dengan bau dia huhuhu

eMMe said...

yea la.. dah imun kan.. hehehe... nak bersihkan umah sugi ni.. tak rajin, hahaha...

;