HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Review | NUTOX OXYFUSION


- 21 April 2014 -

Assalamualaikum  & Salam Mesra.

OK - Kali ni Aku nak kongsikan testimoni sendiri produk penjagaan kulit NUTOX. Sebenarnya Aku dah gunakan NUTOX selama 2 tahun + (1 bulan). Kenapa ada + (1 bulan)? Kerana secara umumnya Aku dah gunakan produk NUTOX ni lebih 2 tahun dan + (1 bulan) baru-baru ni kerana tambahkan set NUTOX sedia ada dan gunakannya dengan konsisten. Penggunaan secara konsisten telah memberikan hasil yang memuaskan dan menggembirakan hati *weee!* OK - sebelum Aku teruskan review ni, Aku kongsikan dulu secara ringkas keadaan dan jenis kulit Aku.

Dalam usia 30an ni, kulit muka Aku tak banyak masalah seperti ketika zaman remaja dulu. Dua masalah utama kulit muka ialah berminyak dan kulit kusam/kulit mati. Terutamanya kulit kusam yang semakin ketara, yang membuatkan air muka Aku 'mendung' dan nampak lebih berusia (",) Masalah kulit berminyak pula adalah pada zon-T iaitu dahi dan hidung. Aku bernasib baik kerana jerawat jarang menonjolkan diri walaupun kulit berminyak. Jerawat hanya muncul apabila Aku makan makanan yang mendatangkan alahan dan sewaktu ABC *Allah Bagi Cuti* eh?




Aku mula menggunakan NUTOX pada tahun 2012, kerana produk penjagaan kulit sebelumnya tidak lagi memberikan kesan sepertimana menggunakannya ketika di awal dulu. Mungkin kerana faktor usia atau kulit muka Aku sudah imun dan tak sesuai lagi dengan produk tu walaupun telah menggunakannya selama lebih kurang 9 tahun! Aku tertarik untuk mencuba NUTOX kerana ‘persembahan’ dutanya NUR FAZURA dan kerana produk NUTOX mengandungi SARANG BURUNG serta BEBAS PARABEN. Juga kerana ia produk BERKUALITI mampu milik dan SETANDING dengan produk antarabangsa. Pengaruh lain adalah testimoni pengguna di laman maya.

3 produk NUTOX yang Aku gunakan selama 2 tahun ialah WRINKLE AWAY CLEANSER, SKIN REFINING ASTRIGEN & SUPERNATURAL NIGHT REPAIR. Sejujurnya - yang Aku betul-betul guna hanyalah Wrinkle Away Cleanser dan Skin Refining Astrigen saja. Supernatural Night Repair pula Aku pakai ikut sempat jeee. Ada la 2x seminggu. Tapi biasanya aku tak pakai langsung (-,-) OK untuk Wrinkle Away Cleanser, Aku sukakan bau harumannya! Kulit muka terasa lembut dan segar setiap kali dicuci *weee!* Kedut? Aku tak pernah belek kedut muka pun dan tak tahu kalau kedut muka berkurang atau hilang (",) Skin Refining Astrigen, Aku gunakan selepas cuci muka / sebelum mekap - tak mekap pun sebenarnya, bedak jeee. Kesegaran pada kulit muka terasa berganda dengan haruman yang menyenangkan dan menenangkan.




Selepas 2 tahun Aku tambahkan set NUTOX sedia ada dengan mendapatkan SKIN REBORN EXFOLIATOR, CELL BOOSTING ELIXIR & SUPERSTAR NIGHT MASK. Dengan 3 item baru ni Aku mula gunakan set NUTOX secara konsisten. Dalam masa sebulan Aku mula nampak hasilnya yang memang WOW! Aku suka dengan apa yang Aku nampak \(^o^)/ Sebelum Aku kongsikan gambar SEBELUM & SELEPAS, Aku kongsikan dulu gambar-gambar produk NUTOX yang digunakan serta cara penggunaannya - cara Aku.


Set Asas

Wrinkle Away Cleanser

- Gunakan 2 hingga 3x sehari -
Biasanya setiap kali nak solat Aku cuci muka.
So Aku guna 5x sehari !


Skin Refining Astrigent

- Selepas cuci muka dan sebelum pelembab -
Aku guna 2x sehari - siang dan malam.



Set Siang

Cell Boosting Elixir

- Selepas Skin Refining Astringent -
Aku guna selang sehari. Boleh?



Set Malam

Supernatural Night Repair

- Selepas Skin Refining Astringent -
Aku guna tiap malam.


Skin Reborn Exfoliator

- Sebelum cuci muka -
Aku guna 2x seminggu.


Superstar Night Mask

- Selepas Skin Reborn Exfoliator & cuci muka. -
Aku guna 2x seminggu.
*skip Supernatural Night Repair*


Gambar SEBELUM & SELEPAS?

Aku tak ada gambar terbaru. Ini adalah gambar tahun 2010 (-,-)" OK tak kisah la gambar lama ke baru, tujuan Aku kongsikan gambar adalah untuk menunjukkan keadaan kulit muka Aku suatu ketika dulu sebelum menggunakan produk NUTOX. Sila bezakan gambar asal dengan gambar yang telah diedit. Klik imej untuk besarkan gambar.


- Penyampaian Sijil Tahun 2010 -
Gambar kiri ASLI : Gambar kanan EDIT

Sebelah kiri adalah gambar asal tanpa sebarang edit. Gambar sebelah kanan pula adalah gambar yang telah diedit. Nampak tak perbezaannya? Kulit Aku gelap, kusam, kasar, berjerawat halus, gelap di bawah mata dan nampak berusia. Ini gambar tahun 2010. Aku mula gunakan 3 item produk NUTOX OXYFUSION pada Ogos 2012, iaitu Wrinkle Away Clenaser, Skin Refining Astrigent dan Supernatural Night Repair. Walaupun tak guna secara konsisten, produk ini tetap memberikan kesan positif apabila setiap kali menggunakannya (^_^)


- Aidilfitri 2013 -
Gambar kiri ASLI : Gambar kanan EDIT

Tahun 2014; Hasil setelah menambah 3 item set NUTOX dan menggunakan secara konsisten selama sebulan. Masih nampak sedikit gelap, kusam dan berminyak. Namun ia berjaya merawat masalah kulit Aku dan memberikan kesan yang positif! (*_^) Sangat puas hati. Aku akan teruskan menggunakan produk NUTOX ni sehingga mendapat hasil yang maksimum. Perubahan yang menggembirakan, memberikan keyakinan diri dan melahirkan suatu perasaan yang istimewa. Ini adalah penghargaan untuk diri sendiri *wink wink* Terima kasih kepada NUTOX OXYFUSION untuk produk yang wooohooo!

p/s : ini adalah pengalaman Aku. Apapun, keberkesanan sesuatu produk memberikan hasil/kesan yang berbeza, bergantung kepada keadaan dan jenis kulit manusia yang berbeza-beza. Mungkin ada yang mendapat kesan yang sama seperti Aku atau lebih baik lagi. Atau pun sebaliknya. Entri ini hanyalah rujukan untuk umum yang ingin tahu tentang keberkesanan produk NUTOX OXYFUSION oleh penggunannya seperti Aku. Sekian.

2 comments :

diela said...

wow terujanya tengok kesan dia...baguslah memang setia sgt dekat satu2 produk...saya jenis yang tak setia pada satu2 produk...mesti nak tukar2...sekarang nak try NUTOX pulak...:)

Tyara NY said...

Sebenarnya selain Nutox, saya juga ada menggunakan produk lain pada masa sama. Cumanya, saya tetap gunakan Nutox sebagai produk utama. Contonhya pencuci muka, saya guna Nutox, Bio Essence dan ZA, tapi lebih kerap gunakan Nutox. 2 jenama lain saya guna bergantung kepada keadaan/keperluan.


Goodluck! Moga produk Nutox serasi dan berkesan untuk Diela juga :)

;