HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Review | RESTOREN TAJ MAHAL - LANGKAWI


- 15 April 2014 -

Assalamualaikum & Salam Mesra.

Beberapa hari lepas, kami menjamu selera di Restoren Taj Mahal, Pantai Cenang, Langkawi untuk meraikan Armand yang memasuki PERTANDINGAN CATUR TERBUKA LANGKAWI 2014. Walaupun tak berjaya memenangi sebarang kategori, Bonda tetap nak belanja cucu 'long' nya makan bagi mengurangkan rasa kecewa serta mengembalikan senyuman Armand yang hilang dek pertandingan catur tu.




Armand pilih untuk makan western. Malangnya di waktu tengahari dengan permintaan begitu, tak banyak restoren yang hidangkan masakan western pada waktu makan tengahari dan kami bernasib baik kerana Restoren Taj Mahal ada sediakan hidangan tersebut ketika itu. OK - Restoren Taj Mahal ni menyediakan masakan India, Arab, Pakistan dan fusion. Pertama kali kami makan di restoren ni dan teruja nak cuba masakannya. Sedap ke makanannya? Bagus ke servisnya? Berbaloi ke harganya? Lain-lain?

OK. Dengan bantuan pelayan kami memesan hidangan masing-masing. Bonda memilih Hara Bara, Garlic Naan dan Mint Tea. Aku pula memilih Fish Banett dan Chocolate Ice. Manakala Armand memilih Chicken Bolognese & Taj Mahal Cocktail. Satu demi satu hidangan yang dipesan sampai. Semuanya nampak sedap dengan bau menyelerakan. Kami mula makan, saling berkongsi dan merasa semua hidangan. .


Hara Bara

Garlic Naan

Fish Banett

Chicken Bolognese

Okey! Komen tentang makanan dulu (",) Bonda pesan hidangan Pakistan manakala Aku dan Armand makanan western. Hara Bara tu lebih kurang macam bergedil. SAYURAN. Disertakan dengan mint sauce yang masam manis rasanya. Garlic Naan mewah dengan taburan bawang putih cincang. Fish Banett ialah Fish & Chip. Saiz yang besar. Dihidangkan bersama sos salsa, mayo dan kentang goreng. Dan yang terakhir Chicken Bolognese. Semua hidangan bersaiz besar. BANYAK! 

Tapi kan... *ada tapi nya yeee* Fish Banett tu tak kena laaa dengan tekak Aku (x_x) Rasa rempah ratus ketara sangat terutamanya rasa jintan. Sos salsa pula manis. Aku rasa Chicken Bolognese pula. Pun sama. Sos bolognese ada rasa rempah yang sangat ketara. Tenggelam rasa tomato. Jauh beza dengan Fish & Chip dan Spagethi Bolognese yang biasa dimakan (",) Kedua-dua makanan barat tu telah di fusion kan mengikut citarasa Timur Tengah! OK. Hara Baraa memang sedap. Cicah dengan mint sauceGarlic Naan pun sedap! Cicah dengan kari kambing. Memang layan!


Mint Tea

Chocolate Ice

Taj Mahal Cocktail

Okey. Minuman pula. Mint Tea ni sangat pekat a.k.a KAW! Rasanya sedikit berbeza dengan teh biasa dan dengan sedikit rasa serta haruman dari daun pudina. Chocolate Ice hampeh! (x_x) Rasanya betul-betul macam susu coklat UHT penuh krim, yang ditambah bahan lain dan kemudiannya dikocak. OK. Taj Mahal Cocktail pula campuran 3 jenis buah *tak ingat buah apa* SEDAP. Kaya dengan rasa buah.

Kesimpulan? Ini kali pertama Aku makan makanan Arab (Pakistan) atau Arab fusion. Tak seperti kebiasaan apabila mencuba makanan 'pertama kali' sebelum ni, makanan fusion ni tak kena dengan selera tekak Aku/ kami. Bukan tak sedap, cuma tak sesuai dengan selera. Jenuh kami nak habiskan sebab (1) Rasa rempah yang sangat ketara (2) Saiz hidangan yang besar. 




Secara total; pada Aku, rasa makanan just okey. Saiz hidangan yang besar padan dengan harganya. Minuman pun okey. Servis; masalah komunikasi berlaku kerana pelayan warga asing yang kurang faham bahasa Inggeris dan tempatan. Menunggu hidangan agak lama. Restoren; berkonsep open air dan santai. Juga miliki ruang berhawa dingin. OK. Adakah Aku akan berkunjung ke Restoren Taj Mahal lagi? MUNGKIN. Tapi Aku tak serik untuk mencuba makanan Arab di restoren lain pula (^_*) Ye la kan, kami sebenarnya nak makan western foods, tapi pergi salah tempat pula! OK. Selain di Pantai Chenang Langkawi, Restoren Taj Mahal ni ada beberapa cawangan lain di tanah besar. Antaranya di Sungai Petani, Kedah dan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Di Langkawi, restoren ni terletak betul-betul bertentangan Underwater World. 

No comments :

;