Ayam Paprik Berkuah


- 18 Mei 2014 -

Resepi : tyara NY
Kategori : Lauk Pauk
Sub Kategori : Ayam
Saiz Hidangan : untuk 1-2 orang

Assalamualaikum & Salam Mesra.

Sinopsis : Armand minta masakkan paprik. So Aku google resepi paprik yang paling simple. Dengan merujuk kepada beberapa resepi, Aku olah ia menjadi berkuah dan mengikut citarasa kami. Kali ni bukan Aku yang masak tapi Armand. Nak belajar katanya. Aku sediakan bahan dan bagi instruction. Sampai sesi merasa "Huiii Mama, sedapnya Armand masak! Jadi la Maaa" Alhamdulillah menjadi. Memang sedap. Pandai Armand masak (*_^) Aku senyum jeee.




Bahan-Bahan -

* Ayam - 2 cawan [telah dipotong kiub]
* Bahan Tumis - secukupnya [dikisar]
* Serbuk Cili - 1 camb
* Halia - 3cm [dikisar]
* Sos Cili & Tomato - 2 camb
* Sos Tiram - 2camb
*Kicap Manis - secukupnya
* Cili Padi - 6 biji [potong 2]
* Serai - 2 batang [diketuk]
* Daun Limau Purut - 6-9 helai [dihiris halus]
* Baby Kailan - 2 cawan [telah dipotong kecil]
* Tepung Jagung - 1 camb
* Serbuk Lada Hitam - seckupnya
* Garam - secukupnya


Cara Membuat -

1. Rebus ayam dengan 3 cawan air di atas api perlahan.

2. Sementara itu; goreng bahan tumis sehingga naik bau dan garing.

3. Masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis - gaul rata dan renih seketika.

4. Masukkan serai, daun limau purut, cili padi dan sedikit air dari rebusan ayam - renih seketika.

5. Masukkan ayam + air rebusan dan baby kailan - gaul rata sehingga sayur masak.

6. Tuangkan bancuhan tepung jagung, serbuk lada hitam dan garam - gaul rata - SIAP!





Nota : Aku gunakan api perlahan sepanjang proses memasak. Biar ayam tu masak empuk lembut. Ayam tu boleh tukar dengan daging atau udang atau sotong atau ikut citarasa masing-masing. Sayur pun, boleh tukar ikut sayur kegemaran - lobak merah ke, baby corn ke, buncis ke, kacang panjang ke. Kalau nak pedas tambah cili padi. Kalau nak kering kurangkan air dan likatkan dengan tepung jagung. Aku sengaja buat berkuah sebab jadikan masakan 2 dalam 1 = lauk dan sayur = 2 orang makan jeee. Tak payah masak 2,3 jenis menu asing-asing. Senang (",)

No comments :

;