HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Menu Makanan Sugar Glider


- 15 Mei 2014 -

Assalamualaikum & Salam Mesra.

Sejak Hamlet mati, Jojo dan dan Jenny hilang selera makan. Ye ke? Entah la (",) Apa yang Aku perhatikan, sejak Hamlet mati, apa saja makanan yang kami berikan, Jojo dan Jenny akan jamah sedikit saja dan tinggalkan makanan tu dalam kadar yang masih banyak! Padahal itulah makanan yang selalu diberi secara selang seli supaya Jojo dan Jenny tak bosan makan makanan yang sama. Biasanya kami beri Jojo dan Jenny makan buah-buahan. Antara buah kegemaran mereka ialah betik, anggur hitam, tembikai susu dan isi kelapa. Sekali sekala kami beri makan telur rebus atau ayam rebus yang dicampur dengan madu.

Tapi sejak Hamlet mati, semua makanan tu tak menarik perhatian Jojo dan Jenny untuk makan lagi. Kadang-kadang langsung tak makan! Rasa kesian ada, rasa bersalah ada, rasa geram pun ada (-,-)" Ye la, dah bagi makan tak nak makan. Dah tukar makanan lain pun tak nak makan. Jenuh fikir + cari info. Kalau dibiar macam menyeksa pula, kan? Aisehhh

OK. Setiap kali tukar makanan, Aku akan perhatikan samada ia kena dengan selera Jojo dan Jenny atau tak. Dah dapat sedikit petunjuk. Memang selera Jojo dan Jenny berubah sejak Hamlet mati. Dah tak berapa nak makan makanan yang biasa diberi sebelumnya. Apa makanan baru untuk Jojo dan Jenny? YOGURT & KISMIS. So Aku kongsikan cara Aku sediakan menu baru untuk Jojo dan Jenny di sini.


MENU 1 : nestum + madu + air + kismis hitam + kismis kuning. Kalau ikutkan beberapa sumber yang Aku baca, nestum tak bagus untuk sugar glider *abaikan je* Daripada dibiarkan tak makan langsung, baik bagi makan apa yang boleh sugar glider makan. Cuma bagi seimbangkan diet tu. Aku pilih nestum sayuran. Bancuh nestum dengan air dan madu kemudian gaulkan dengan kismis yang dicincang.

MENU 2 : ayam + bayam + madu. Rebus ayam. Celur bayam. Cincang ayam dan sayur dan gaulkan dengan madu. Ni Aku tak berapa rajin nak buat. Kalau ada masak ayam atau bayam baru Aku buat. Tak ada buat stok beku dalam bentuk kiub juga.

MENU 3 : lobak merah + pear + oren + tembikai susu + gandum + isotonik. Semua bahan ni blend sampai lumat. Jangan pekat sangat, jangan cair sangat. Yang ni boleh buat stok beku sebab tahan lama. Bekukan dalam bentuk ais kiub.

MENU 4 : telur + madu + kismis hitam + kismis kuning. Rebus telur semasa masak nasi. Lenyekkan telur rebus dan gaulkan dengan madu dan kismis yang dicincang kecil.

MENU 5 : yogurt + kismis hitam + kismis kuning + buah-buahan *terpulang buah apa* Cincang kecil kismis dan buah-buahan. Taburkan buah atas yogurt. Kalau tak ada buah, kismis pun dah okey. Jojo dan Jenny paling suka menu ni. Boleh guna yogurt perisa apa pun. Boleh selang seli supaya suggie tak jemu.





OK. Setakat ni, itu saja menu yang Aku reka dan olah ikut kesesuaian diet sugar glider. Kepada pemilik sugar glider seperti Aku khasnya; sebarang info, cadangan, bantahan atau teguran boleh la tinggalkan komen untuk kita diskusi. Aku amat hargai kepada yang sudi bertukar pendapat serta pandangan. TERIMA KASIH (^_^)


3 comments :

Amirul Asyraf said...

cadangan ^_^ lbih baik buang menu akak tu, sbb nnti newbie akan tiru menu yg akak bagi tu.. bhaya kak.. mmg hak akak untuk bagi or tak.. tu mmg sy takleh bantah, tapi newbie yg taktau ap2 akan tiru menu akan tu... mmbahayakan SG diorang :) peace yo
-Newbie-

ME illusionist said...

Hi Amirul Asyraf,

Terima kasih kerana baca dan komen. Cadangan Amirul tak berapa jelas. Saya buat 5 jenis menu, yang mana satu bahaya? Kenapa menu tu bahaya?

Apapun terima kasih atas pandangan Amirul. Sejujurnya sebelum saya berikan menu makanan tu pada Suggie, saya juga ada membaca dan merujuk pada banyak sumber. Mana mungkin saya berikan sesuatu makanan yang berbahaya pada Suggie? Dari rujukan sumber, pemerhatian saya dan setelah mencuba, baru saya tulis entri ini untuk bacaan umum.

Amirul boleh BACA + RUJUK pautan yang saya sertakan dibawah :

> http://goo.gl/g1En5W

> http://goo.gl/XZ81Kc

> http://goo.gl/GvakY6

> http://goo.gl/tNXscE

> http://goo.gl/kWIhkW

> http://goo.gl/6dIyui

Saya dah tolong google kan. BACA YE.... (^_^) Kepada newbie, menu yang buat ini hanya cadangan. Sebelum cuba, sila rujuk sumber yang sahih YANG ANDA PERCAYAI. Setakat ni tiada masalah pada suggie saya kerana diseimbangkan mengikut keperluan diet Sugar Glider.

Adirah said...

http://suggies101.blogspot.com/2011/07/makanan-yang-selamat-untuk-sugar.html

;