HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Sup Kepal


- 24 Mei 2014 -

Resepi : tyara NY
Kategori : Lauk Pauk
Sub Kategori : Ayam | Sup
Saiz Hidangan : untuk 1-2 orang

Assalamualaikum & Salam Mesra.

Sinopsis : DEMAM. Tak ada selera nak makan. Teringat resepi sup yang Aku salin dari group masakan di FB. Lupa apa nama sup ni, so Aku namakan Sup Kepal dan buat versi sendiri. Alhamdulillah sedappp! Berpeluh-peluh hirup sup dan makan kepal ayam ni panas-panas (^_^) OK Aku kongsikan resepinya. Bahan-bahan yang bertanda ' ♥ ' adalah bahan yang Aku tambah ikut citarasa sendiri.




Bahan-Bahan A -

* Ayam Cincang - 1 cawan
* Tepung Gandum - 1 cawan
 Bawang Besar - 1 biji [ditumbuk lumat]
 Halia - 3cm [ditumbuk lumat]
 Serbuk Lada Hitam - secukupnya
 Minyak Bijan - 1camb
 Garam - secukupnya

Bahan-Bahan B -

* Bahan Tumis - secukupnya [dikisar]
♥ Halia - 3cam [dikisar]
*Air Masak - 6 cawan
* Baby Kailan - 3 biji
 Cili Padi - 6 biji
 Tepung Jagung - 2 camb
* Telur Ayam - 1 biji
* Garam - secukupnya


Cara Membuat -

1. Satukan semua bahan A dalam mangkuk - gaul sebati sehingga jadi adunan yang boleh dikepal.

2. Sementara itu; didihkan 6 cawan air kemundian masukkan bahan tumis, halia dan cili.

3. Perlahankan api, kepal-kepalkan adunan A dengan sudu dan masukkan dalam sup.

4. Biar adunan kepal masak di atas api yang perlahan.

5. Masukkan bancuhan tepung jagung - gaul rata sehingga agak likat.

6. Masukkan telur ayam - kacau perlahan sehingga rata.

7. Masukkan sayur - renih seketika sehingga sayur lembut.

8 Perasakan dengan garam. SIAP!


Satukan bahan A - gaul rata.

Didihkan air. Masukkan bahan tumis, halia dan cili.

Kepal-kepalkan adunan A dengan sudu ke dalam sup.

Masukkan bancuhan tepung jagung.

Masukkan sebiji telur. Kacau perlahan.

Masukkan sayur. Renih seketika.

SIAP!



Nota : Aku gunakan api perlahan sepanjang proses memasak kecuali proses mendidihkan air. Sengaja Aku gunakan sukatan cawan supaya senang nak sukat bila nak masak lagi dan mudah untuk sesiapa mencuba resepi ni. Untuk bahan A; ayam tu Aku gunakan ayam cincang Ramly. Kalau nak tukar ayam kepada daging okey je. Minyak bijan tu tak nak letak pun tak apa. Aku letak sebab nak ada rasa ala-ala cina sikit (",) Untuk bahan B pula; kalau nak pedas, tambah cili padi. Aku buat tak pedas sebab tekak perit luka. Sayur tu, kalau ikut resepi asal guna kangkung atau bayam. Aku guna baby kailan sebab tu je sayur yang ada. Ikut suka la nak guna sayur apa pun ok. Pssttt... Sup ni memang best. Bukan setakat sedap je tapi berkhasiat.  Selamat mencuba (*_^)

No comments :

;