Merawat Panau


- 9 Disember 2013 -

Assalamualaikum & Salam Mesra.

Suatu hari yang terang benderang sewaktu membelek diri kat depan cermin, Aku ternampak sesuatu kat lengan.. "Eh? Apa benda tu!?" Terus tarik lengan baju, belek-belek. "Kenapa tangan Aku ni?" Hee! Panau!! (-,-)" Belek-belek bahagian lain badan pulak. Ada jugak! *rasa nak menangis kot* Aku ingatkan masalah panau ni dah selesai. Rupanya datang balik, jadi lagi. Makin teruk pulak tu. Stresss! Teringat dulu-dulu, punca Aku mula dijangkiti panau.




Imbas tahun 2005

Suatu hari sorang staf, Sarah tegur Aku "Kenapa dengan tangan kau tu? Nampak macam panau je.." Terkejut. Panau? Aku ada panau? Macam mana boleh ada panau pulak? Seumur hidup Aku tak pernah ada panau. Malu kot bila orang tegur ada panau. Aku belek tangan Aku. Sarah mencelah "Aku rasa kau berjangkit dengan HPM ni. Sebab panau dia banyak gile! Aku selalu nampak dia baring atas katil kau masa kau tak ada.." Hah!? Betul ke? Aku tuju kat HPM. Nak pastikan dakwaan Sarah tu betul atau tak. Dari jauh Aku nampak HPM dok tergaru-garu. Aku tegur dia..

"You kenapa? Tergaru-garu dari tadi" saja Aku pancing. "Gatal la.." balas HPM ringkas sambil menyingkap lengan baju dia tunjuk kat Aku. Masya Allah.. Ok rasa nak pitam tengok nye (x_x) Nampak panau besar-besar yang dahsyat kat lengan dia. Dia tunjuk pulak kaki dia yang gatal. Lagi teruk! Panau tu bersisik dan menggelupas!! Rasa nak menangis kot bila fikir dan bayangkan jadi macam HMP tu. Habis la Aku..! Habis la Aku kalau jadi macam tu jugak!!





PROSES MERAWAT PANAU 

Pergi cari ubat panau kat farmasi. Ada banyak jenis la pulak. Aku diberikan beberapa jenis krim sapu untuk dipilih. Confuse (-,-)" Mana satu yang paling bagus dan berkesan? Sudahnya Aku pilih yang paling mahal - TINADERM. Alhamdulillah TINADERM memang berkesan. Dalam masa seminggu je panau mula berkurangan. Aku teruskan sapu TINADERM sampai panau betul-betul hilang. Habis kisah panau. Lega sangat. Aku fikir masalah panau tu dah selesai, dah berakhir. Rupa-rupanya.. ia hanya la permulaan kepada episod seterusnya yang lebih tragik..



PANAU MENYERANG LAGI!


2 tahun berlalu. Suatu hari Aku ternampak panau di lengan. Eh? Kali ni lagi banyak dari kali pertama dulu. Tiba-tiba teringat panau HPM yang bersisik dan menggelupas. Stresss! (x_x) Terus pergi farmasi beli TINADERM. Sekali lagi masalah panau dapat dirawat. Tapi selang beberapa bulan panau tu muncul lagi, lebih teruk dari kali pertama dan ke-dua. Kali ni panau tu muncul dengan tompok-tompok ruam berair dan bernanah. Senang cakap dari panau ia bertukar menjadi kayap. Gatalnya tak terkata! SANGAT. Teruk sangat keadaan kulit Aku masa tu. Menangis Aku..




Berhenti kerja, balik kampung. Mak pun terkejut tengok. Mak kata "Dari kecik sampai besar Mak bela kau, tak pernah kau ada panau.. Kenapa boleh jadi teruk sampai macam ni?" Menangis-nangis Aku sambil cerita. Mak bawak Aku jumpa doktor. Kata doktor - keadaan kulit Aku (kayap) tu bermula dari panau, yang tak dicegah dan dirawat dengan betul. Faktor persekitaran juga memainkan peranan yang menyebabkan panau menjadi lebih serius kepada kurap atau kayap. Hubungan seks juga boleh menjadi salah satu punca/penyebab utama terjadinya kayap. Ok doktor bagi beberapa jenis ubat untuk merawat panau/kayap tu - ubat cuci, krim sapu dan pil untuk dimakan.

Alhamdulillah, berkat Mak menjaga Aku macam baby, panau/kayap kat badan beransur hilang dan pulih. Prosesnya tak mudah ok. Selepas mandi Mak akan sapukan ubat cuci kemudian sapukan krim pada panau/kayap tu. Setiap inci tubuh Aku Mak belek (",) Mak pastikan setiap bahagian yang berpanau/kayap dicuci dan disapu ubat. Setiap baju yang Aku pakai Mak rebus mengelegak untuk matikan virus dan cuci dengan dettol. Sampai macam tu sekali la Mak buat.. Walaupun dah hilang Mak tetap sapukan ubat lagi sebab nak pastikan panau/kayap tu lenyap ke akar umbi.



PANOSALAP CAP GAJAH


Selepas 2 tahun, sekali lagi panau muncul (x_x) Pergi farmasi nak beli TINADERM tapi tak ada. Banyak farmasi Aku pergi tapi tak ada yang jual TINADERM. Kat satu farmasi ni baru Aku tahu TINADERM discontinue. Disebabkan tu Aku cuba beberapa jenis krim sapu lain antaranya Mederma dan Tonalfe tapi tak berkesan langsung. Sikit pun tak. Kebetulan sorang kawan yang tau masalah Aku ni bagi salap tradisional untuk merawat panau - PANOSALAP CAP GAJAH. Memang berkesan. Lebih berkesan berbanding krim TINADERM. Bila disapu pada panau, kulit akan jadi merah dan terasa sedikit panas. Selepas beberapa hari, panau yang disapu salap akan menggelupas. PANOSALAP CAP GAJAH ni merawat dengan menghapuskan kulat yang menyebabkan panau sehingga ke dalam lapisan kulit.

Tapi.. susahnya la nak dapat PANOSALAP CAP GAJAH ni! Ia tak dijual di farmasi-farmasi terkenal mahupun yang tak terkenal (-,-)" Ia dijual di kedai-kedai runcit biasa. Tapi bukan semua kedai runcit jual. Kawan Aku pun kebetulan je dapat PANOSALAP CAP GAJAH tu kat satu kedai runcit kat kampung dia di Johor. Dia repeat balik kedai tu tapi dah tak jual sebab tak ada stok. Cuba cari kat singsih *kedai ubat cina* pun tak ada jugak. Kat mana la ada jual PANOSALAP CAP GAJAH ni? Ke discontinue jugak? Cari alternatif lain dan dapat HURIX PANAU SALAP.



HURIX PANAU SALAP




HURIX PANAU SALAP ni boleh dikatakan berkesan. Sapu dan gosok salap pada panau sampai terasa biji-biji halus keluar dari kulit. Kulit akan merah dan terasa sedikit panas. Setiap kali gosok tu akan kurangkan panau. Kesannya dapat dilihat dalam 7 hari, bergantung pada panau. Alhamdulillah panau semakin berkurangan. PERSOALANNYA, sampai bila Aku kena sapu krim/salap ni? Adakah ia mencegah panau daripada muncul lagi? TIADA JAMINAN. Sebab Aku dah faham sesuatu - tentang ubat panau yang Aku gunakan - TINADERM, PANOSALAP CAP GAJAH, Mederma, Tonalfe, HURIX PANAU SALAP hanya memberikan kelegaan sementara. Aku cuba cari solusi lain, sesuatu yang mampu memusnahkan kulat/bakteria panau secara total.

Panau dah berkurangan/hilang. Tapi hilang kat sini muncul kat sana pulak (-,-)" Kadang-kadang rasa fed up kot dengan masalah panau ni. Sampai la adik Aku, Intan sarankan satu produk - CATALYST VCO SOFTGEL. Intan bagi Aku sebotol dan jelaskan serba sikit pasal CATALYST VCO ni. Ok Aku cuba. Ada 2 cara guna CATALYST VCO ni, samada makan atau sapu. Aku makan je, tak sapu kat kulit pun. Selepas 3 hari panau mula berkurangan dan hilang! Paling best sampai sekarang panau tak pernah muncul lagi. Lagi best, sejak makan CATALYST VCO ni bukan setakat panau je lenyap, jerawat hilang, kulit muka dah tak berminyak/kusam, parut pudar, kulit pun lembut je. Itu bonus!



CATALYST VCO




Penutup : Aku bernasib baik kerana panau tak pernah naik kat muka. Sejak pertama kali pada tahun 2005 sampai kali terakhir ni panau tak pernah merebak ke muka. Jadi, kalau ada yang bertanya, Aku sarankan CATALYST VCO untuk merawat panau. CATALYST VCO sangat-sangat berkesan merawat pelbagai masalah kulit seperti panau, ekzema, stretchmarks, ruam, kulat air, jerawat dan banyak lagi. CATALYST VCO merawat masalah kulit dengan menghapuskan kulat/bakteria punca yang menyebabkan masalah-masalah kulit. Bukan makan je tapi CATALYST VCO ni boleh disapukan ke muka dan mana-mana bahagian badan juga. Okey la, sebelum Aku akhiri tulisan ni - MAAF kerana tiada gambar panau sendiri *aurat wooo* Semoga tulisan daripada pengalaman Aku ni dapat membantu.


No comments :

;