HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Salahkah Aku?




Andai Aku meraung dan menjerit
Kerana derita yang mencengkam hati
Menjerat segala daya pada diri
Umpama hidup dalam mati

Salahkah Aku…
Bila ku terjaga dari gelita yang kelam
Tanpa cahaya yang menyuluh jalan
Terkapai-kapai dalam pencarian
Di dalam duka, sedih dan sunyi

Salahkah Aku…
Mengharung jalan beronak dan duri
Berdayung di lautan tak bertepi
Mendaki gunung tak berpuncak
Sekadar untuk penawar lukaku

Salahkah Aku…
Andai akhirnya kutemui realiti
Lantas ku tinggalkan mimpi suram
Yang kusendiri tak pasti, kerana…

Aku sendiri tak mahu terseksa lagi…

No comments :

;