HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Review | Wah Toh Tit Tar


- 27 Januari 2017 -

*baling ke belakang a.k.a #throwback*

"Argghhh! Kaki Aku patah!"


Apa kena mengena kaki patah dengan tajuk entri Wah Toh Tit Tar ni? Tau tak apa Wah Toh Tit Tar? Mesti ramai yang tak tahu kan? Terutamanya orang Melayu.. Okey meh Aku nak kongsi pengalaman rawat kaki yang 'patah' kat Wah Toh Tit Tar, atau dalam bahasa Inggerisnya BONE SETTING TREATMENT. Sebelum tu, beberapa tahun dulu Aku kemalangan jalanraya - jatuh motor. Tak ada kecederaan serius. Tangan calar balar dan luka. Kaki luka terseret dan pergelangan kaki kanan terkehel. Walaupun sakit Aku tak pergi jumpa doktor dapatkan rawatan. Hanya sapu minyak dan urut sikit-sikit. Tu je. Macam okey je. Macam dah baik je (",)

Aku silap.. Tak lama lepas tu pergelangan kaki Aku mula rasa sakit dan mudah tergeliat. Tiba-tiba je terjatuh (x_x) Berdiri lama sikit mula terasa sakit. Apalagi bila banyak berjalan, kaki kembang membengkak! Sangat la sakit. Paling Aku tak tahan, tak sanggup, bila tiba-tiba je jatuh. Tak rasa kaki kanan tu ada. NGERI OK! Disebabkan sakit dan bengkak makin teruk, Aku pergi urut. Tapi tak lega. Sikit pun tak. Merata tukang urut Aku pergi. Tetap hampa. Pergi hospital pulak. Doktor cek kemudian cakap kaki Aku okey je. Tak puas hati Aku minta x-ray. Dapat hasil x-ray  Aku kena marah dengan doktor "Kalau patah awak langsung tak boleh jalan!" Aku rasa macam nak lempang je doktor tu.. Punya canggih alat + mesin tapi tak dapat masalah kaki Aku? Ok Aku cuma dapat ubat sapu untuk kurangkan bengkak je...

Sakit dan bengkak semakin teruk. Aku kerja berdiri, berjalan. 12 jam sehari. Dah tak mampu nak bergerak banyak sebab terlampau sakit. Jalan terhincut-hincut. Setiap pijakan, setiap langkah terasa nyeri dek tulang bergesel dan bengkak. Menderita betul rasanya.. Sampai la ada sorang kawan pelawa untuk bawa Aku berubat kat Wah Toh Tit Tar. Eh? Apa tu? Aku mula-mula pun berkerut seribu kot dahi bila pertama kali dengar Wah Toh Tit Tar tu. Aku okey setuju je walaupun namanya pelik. Tak kisah, asalkan kaki boleh sembuh je! Esoknya kawan tu bawa la Aku ke Wah Toh Tit Tar.


_________________________________________________________________________________


Sesi Rawatan Kali Pertama


Pusat rawatan Wah Toh Tit Tar yang Aku pergi tu adalah sebuah rumah teres lot tepi *lokasi rahsia* Dari luar nampak macam rumah teres biasa je. Bila masuk dalam rumah baru nampak suasana macam dalam klinik. Nampak macam tokong pun ye jugak. Ada beberapa pesakit menunggu giliran. Semuanya bangsa Cina. Semuanya pandang Aku macam apa entah. Mungkin sebab Aku Melayu. Atau mungkin sebab tengok Aku datang dengan kawan tu. Soalan pertama yang dorang tanya sebaik Aku masuk rumah tu "Ye nak apa?" (-,-)" Oppsss terlupa pulak. Kawan yang bawak Aku tu Cina. So dia la yang tolong jelaskan masalah Aku *cakap cina* kat perawat Wah Toh Tit Tar tu.

Wah Toh Tit Tar adalah RAWATAN TRADISIONAL CINA menggunakan kaedah REFLEKSOLOGI dan FISIOTERAPI. Untuk masalah kaki Aku; mula-mula dia belek kaki, picit-picit, tekan-tekan sebab nak tahu kat mana yang sakit dan 'tulang lari'. Kemudian gosokkan cecair herba kat pergelangan kaki tanpa urut. Usap je. Lepas tu dengan gaya ala-ala cerita kungfu.. bunyi "PRAK PRAK" yang kuat kedengaran. Kaki Aku 'dipatahkan'. Sakit? Sekelip mata je aksi kungfu tu. Tak sempat nak rasa sakit pun! Yang pasti lepas bunyi "PRAK PRAK" kaki berasa lega sangat. Perawat tu minta Aku berdiri dan berjalan. Aku dah tak terhincut-hincut okey! Lepas tu kaki Aku disapukan herba dan dibalut. SIAP!


Rawatan Susulan

Selapas rawatan kali pertama, masih perlukan rawatan susulan beberapa kali sehingga masalah sendi/tulang kaki sembuh sepenuhnya. Pada mulanya Aku buat rawatan 2 minggu sekali ( 2x sebulan). Dari 2 minggu sekali Aku buat seminggu sekali (4x sebulan). Selama hampir setahun..! Jangan salah faham okey. Bukan rawatan kat Wah Toh Tit Tar tak berkesan atau tak bagus ye. Sepatutnya kaki Aku dah sembuh dahhh. Tapi disebabkan Aku tak ikut saranan lepas rawatan, proses pemulihan terbantut, jadi lama. Aku sepatutnya rehatkan kaki *kurang berdiri + berjalan* sekurang-kurangnya 2,3 hari selepas rawatan. Tapi setiap kali lepas rawatan Aku terus masuk kerja! Senang cakap, Aku 'patahkan' kaki seminggu sekali tu supaya Aku boleh pergi kerja. SEBAB KERJA je (",)

Kos rawatan berbeza mengikut masalah pesakit. Untuk masalah kaki Aku, sekali pergi RM80/sesi. Kadang lebih sebab Aku minta 'patah' ekstra. Setiap bulan Aku 'berbelanja' paling sikit  RM500 untuk rawatan kaki je. SUPAYA BOLEH KERJA. Kalau Aku tak buat rawatan kat Wah Toh Tit Tar tu Aku tak boleh berdiri, berjalan. Sebab kerja Aku memerlukan Aku berdiri dan berjalan selama 12 jam. Akhirnya Aku berhenti buat rawatan kat Wah Toh Tit Tar bila anak tiba-tiba jatuh sakit dan disahkan Skoliosis. Tak ada rawatan alternatif lain selepas behenti rawatan kat Wah Toh Tit Tar. Hanya sapu minyak dan pakai ankle supporter je sampai la..


Pengganti Wah Toh Tit Tar

Ada ketikanya bengkak kaki berdenyut-denyut. SAKIT SANGAT. Aku minta tolong sorang staf tempat kerja urutkan kaki. Entah macam mana terfikir nak minta dia 'patahkan kaki' macam Wah Toh Tit Tar. Aku ajarkan dia caranya. Buat demo. Mula-mula dia teragak-agak. Takut. Aku cakap "Takpe buat je. Kalau patah itu kaki saya" Nekad sebab dah tak tahan sakit lagi. Percubaan kali pertama - terdengar bunyi "PRAKKK" yang kuat. Hasilnya? Masha Allah lega! Aku ajarkan anak dan adik Aku jugak cara 'patahkan kaki' Wah Toh Tit Tar tu. Sekarang ni anak dan adik Aku pun boleh 'patahkan kaki' Aku. Bila-bila masa je. FREE pulak tu. Hoho! Alhamdulillah kaki dah semakin okey. 

Okey! Kalau korang terseliuh ke, patah ke boleh cuba dapatkan rawatan kat Wah Toh Tit Tar. AKU SARANKAN. Cara rawatan mungkin berbeza bergantung pada masalah yang dialami. Kos pun berbeza jugak la. Armand pun dapatkan kaedah rawatan yang sama untuk Skoliosis. Hasil sebulan dari rawatan tu tulang belakang Armand yang bengkok dah kurang 1. Walaupun sikit tapi lebih baik dari buat pembedahan potong tulang belakang.. Apa pun, yang berikan kesembuhan dan kesihatan tu Allah. Aku cuma usaha, ikhtiar, selebihnya doa dan tawakal. Insha Allah akan sentiasa ada pilihan, jalan. Ok! kalau nak dapatkan rawatan kat Wah Toh Tit Tar, boleh dapatkan info @ FB page Wah Toh Tit Tar atau di laman  http://www.wahtohtithar.com


No comments :

;