HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Sotong Sumbat NY


- 18 Ogos 2013 -

Resepi : tyara NY
Kategori : Lauk Pauk | Sotong
Saiz hidangan : 2-3 orang

Sinopsis : Tiba-tiba je teringat sotong sumbat berkuah yang Mak pernah buat masa kecik dulu. Terbayang sampai terasa kembang tekak la dibuatnya (-,-)" Tanya kat Mak macam mana buat tapi Mak pun dah lupa sebab lama sangat tak buat. Mak cakap Google je *krik krik krik krik* Aisehhh resepi Google mana sama dengan resepi Mak kan? Google la Aku pun.. Kebanyakan resepi sotong sumbat Google hampir sama. Aku pilih juga la satu resepi dan olah supaya boleh jadi macam sotong sumbat Mak tu. Hehehe nak macam Mak buat jugak tu! Jadi ke? Hasilnya walaupun tak sama macam Mak buat dulu tapi tetap menjadi dan rasa sedap!



- Bahan-Bahan -

*Sotong - 9 ekor (saiz sederhana)
*Bahan tumis - secukupnya
*Madu - 6 sudu
*Sos ikan - 6 sudu 
*Sos tiram - 6 sudu
*Brokoli - ½ cawan (potong kecil/cincang)
*Lobak merah - ½ cawan (cincang kasar)
*Jagung muda - ½ cawan (hiris nipis)
*Cili benggala hijau - ½ biji (potong dadu)
*Cendawan shitake - ½ cawan (hiris halus)
*Garam - secukupnya 
*Minyak masak - secukupnya

- Cara Membuat -

1. Goreng bahan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan lobak merah, jagung muda, brokoli, cendawan shitake, cili benggala - kacau rata.
3. Matikan api dan masukkan garam, sos ikan, sos tiram dan madu - kacau rata.
4. Sumbatkan bahan inti ke dalam sotong.
5. Masukkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi - kukus hingga masak. SIAP!


Nota : Sotong sumbat ni tak ada kuah. Makan macam tu je atau cicah dengan cili kicap/ sos cili/ sos thai. Kalau tak nak kukus bakar pun boleh. Aku repeat buat lagi dan bakar dalam magic pan. Sebelum bakar tu oles magic pan dengan mentega atau lapikkan dengan aluminium foil. Aku lapik dengan aluminium foil. Errr.. Aku cadangkan kalau nak buat sotong sumbat ni kena bahagi 2, sebab kukus sedap bakar pun sedap! 


No comments :

;