HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Daging Perap Bakar


- 18 Disember 2014 -

Resepi : tyara NY
Kategori : Daging
Sub Kategori : Lauk Pauk
Saiz Hidangan : untuk 2-3 orang

Assalamualaikum & Salam Mesra.

Sinopsis : Dah lama sangat teringin nak makan burger tapi tak dapat-dapat (",) Pergi pasar malam, ada orang jual tapi Aku tak beli. Tak lalu nak makan bila tengok kuku si tukang masak burger tu panjang + hitam! *aisehhh* Melilau tawaf pasar malam fikir nak makan apa, sampai nampak penjual daging. Terus teringat daging panggang masa kerja kat TT. Kembang kuncup terasa kat tekak. Heee! Tak dapat burger daging, dapat daging mentah pun jadi laaa. Masak sendiri. Asalkan DAGING! Walaupun tak ingat resepi TT, Aku buat juga, versi sendiri. Sama ke sama dengan daging panggang TT? *krik krik krik krik* Tak berapa nak sama tapi tetap sedappp! Om nom nom!



Bahan-Bahan  -

* Daging - 1kg
* Halia - 1 inci [ditumbuk]
* Bawang Besar - 1 biji [ditumbuk]
* Bawang Putih - 1 labu [ditumbuk]
* Bawang Merah - 1 biji [ditumbuk]
* Sos Cili - 6 camb
* Sos Tiram - secukupnya [ditumbuk]
* Lada Hitam - 3 camb
* Serbuk Cili - 3 camb
* Minyak Masak - 1/2 cawan


Cara Membuat -

1. Gaulkan daging dengan sos cili, sos tiram dan serbuk cili - perap seketika.

2. Goreng semua bahan tumbuk sehingga naik bau dan garing!

3. Sejukkan bahan tumis serta minyak gorengan seketika.

4. Tuangkan bahan tumis serta minyak ke atas daging - perap selama 1 jam.

4. Panggang/ bakar dengan api kecil sehingga masak - SIAP!


Nota : Oleh kerana bahan tumis dan lada hitam digoreng terlebih dahulu sebelum diperap bersama daging, hasilnya rasa daging bakar ni memang weee! Kalau tak nak goreng bahan tumis + lada hitam tu pun boleh. Perapkan dengan daging selepas tumbuk. Daging Aku guna bahagian yang berlemak. Sebab tu bakar atas api yang betul-betul kecil supaya daging masak empuk. Kalau nak pedas tambahkan lagi serbuk cili dan lada hitam. Kalau nak lagi sedap perap daging semalaman. Aku bakar daging guna magic pan. Disebabkan tak ada aluminium foil, daging tu Aku susun letak tepi magic pan supaya tak hangus terletak atas api. Alhamdulillah tak hangit tapi rangup walaupun hitam (",)

No comments :

;