HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Serangan Sengkenit Lagi...


- 12 Februari 2014 -

Macam ni la rupa sengkenit yang melekat pada badan dan menghisap darah.
Sumber gambar | Google.
Gambar sendiri tak ada. AURAT!


Aku macam dah jarang sangat update blog (-,-)" Sejak 2 menjak ni selalu sangat demam - mood kurang. Dah baik, selang 2,3 hari demam balik. DEMAM PANAS. Aku ingatkan denggi. Ye la, sekarang ni musim demam denggi. Nak kata denggi tapi tak ada pun kena gigit nyamuk walau rumah sebelah hutan! Rupa-rupanya Aku demam disebabkan 'peninggalan' sengkenit. Ini kali ke-2 Aku kena serangan sengkenit. Kali ke-2 ni paling teruk sehingga Aku terpaksa buat pembedahan kecil (-,-) OK. Ni Aku kongsikan kisah kronologi sengkenit ni dengan semua.


November 2013

Sengkenit ni terlampau kecil. Halus. Sengkenit kecil (anak) kadangkala bewarna seakan-akan warna kulit sehingga kita tak perasan/ tak nampak sengkenit bila dia berada pada badan. Tak berasa dia bergerak pada kulit kita seperti semut. Sampai satu ketika kita akan berasa gatal pada bahagian tertentu di badan dan pada ketika itu baru kita sedar ada sengkenit yang melekat dan menghisap darah! Sengkenit yang telah lama melekat pada badan susah untuk dicabut sebab ia telah mencengkam kuat pada kulit. BILA ITU TERJADI, SENGKENIT TAK BOLEH DICABUT MACAM TU JE.

Itu yang terjadi pada Aku (-,-)" Aku tak pernah sedar/ perasan ada sengkenit yang melekat pada badan. Secara tak sengaja, kebetulan Aku nampak sengkenit di bawah lengan *ketiak* sewaktu mandi. BESAR! Aku cuba tarik sengkenit tu. SUSAH! Setiap kali Aku tarik ia akan cuba mencengkam kulit semula dengan kaki yang lain (~_~) Dek rasa geram Aku sentap dan tarik sekuat hati. Sengkenit berjaya dicabut. Sengkenit tu Aku campak dalam lubang tandas dan flush! Aku anggap masalah gatal yang dialami dah selesai. Rupa-rupanya...


Disember 2013

Semakin lama kesan gigitan sengkenit tu semakin gatal. MENJADI-JADI. Setiap kali rasa gatal Aku akan garu. Kadangkala sampai luka Aku garu (",) Dari kesan yang kecil macam kena gigit nyamuk/ semut, luka kesan gigitan sengkenit tu membengkak. Macam-macam ubat Aku sapu untuk legakan bengkak tu. Minyak gamat, bam gamat, air garam, dettol. Pedihnya jangan cakap la ye. Lagi-lagi kalau tuam dengan air garam atau sapu dengan dettol. Berair mata menahan sakit pedihnya (*_*) So, baik ke?

TAK BAIK JUGA! Kesan bengkak tu mengeluarkan air dan nanah pula. Minyak gamat dan bam gamat dah tak berkesan. Air garam dah stop buat. Aku guna dettol je.  Dettol tu sekadar meredakan kegatalan je. Kalau Aku stop dettol, akan mula gatal dan berair/ bernanah semula. Setiap kali membengkak, Aku akan picit keluarkan air dan nanah. Berkali-kali Aku buat dengan harapan luka gigitan sengkenit tu akan reda dan sembuh selepas keluarkan air serta nanah tu. Malangnya...


Januari 2014


RASA GATAL DAH TAK TERKATA! Bengkak tak pernah surut dari mengeluarkan air dan nanah (x_x) Sejak tu Aku kerap demam. Pada mulanya, Aku tak terfikir langsung Aku demam sebab bengkak dari kesan gigitan sengkenit tu. Aku ingatkan demam biasa je. Bila dah kerap sangat demam, Aku mula stress. Aku betul-betul rasa terganggu. Mana tidaknya, badan rasa tak bermaya. LEMAH. Nak buat kerja rasa tak bersemangat. MOOD KURANG. Nak berfikir pun sakit kepala. CELARU. Sampai bercakap pun asyik tersalah. GAGAP! Serba serbi tak kena. Tak boleh nak fokus apa pun (*_*)

Macam Aku katakan awal tadi, Aku ingatkan demam mungkin kerana denggi. Tapi tak ada tanda-tanda denggi pun selain demam. AKU TAK JUMPA DOKTOR pun (",) Tak suka. Tak suka jumpa doktor + tak suka makan ubat. So sebagai langkah pencegahan, Aku minum air 100+ dan paracetamol. Dah berbotol-botol 100+ Aku minum. Dah berbiji-biji paracetamol Aku telan, tapi demam tetap datang menyerang semula setelah pulih 2, 3 hari (x_x) Badan macam dah imun dengan 100+ dan paracetamol tu.


Februari 2014

KEMUNCAK. Demam langsung tak kebah walaupun dah minum 100+ berbotol-botol dan telan paracetamol berbiji-biji. Badan makin panas dan lemah. Ketika Aku memicit bengkak bawah lengan untuk keluarkan air dan nanah, tiba-tiba terfikir, mungkin ini la yang buatkan Aku sakit! Baru la berasa nak jumpa doktor (",) Dalam hati rasa cuak, takut. Takut kalau-kalau kena korek atau bedah. Tu je caranya kan? Nak tak nak Aku kena hadap juga kalau nak sembuh betul-betul kan?

So, Aku pergi hospital. Seperti yang Aku jangkakan, pembedahan kecil perlu dilakukan! (x_x) *nak menangis kot...* Sebelum dibedah, air dan nanah perlu disedut keluar terlebih dahulu. Air dan nanah tu disedut menggunakan syringe. 3x syringe. TANPA BIUS. Kemudian dipotong dan dikorek/ umpil untuk keluarkan entah apa benda. TANPA BIUS! Sakit? Jangan cakap la sakitnya. Boleh rasa pisau tu hiris kulit (-,-) Dah la kena hiris, lepas tu kena korek pula, takkan la tak sakit?! Keluar je dari bilik rawatan terus menangis lepaskan segala kesakitan...


Selepas rawatan;
Kesimpulan

Aku masih demam panas disaat menulis entri ini. Masih rasa sakit dek kesan sedut, hiris dan korek dari rawatan semalam. Aku gagahkan juga otak untuk berfikir dan menulis entri ini untuk dikongsi dengan umum supaya orang ramai tahu dan dapat merujuk dari pengalaman Aku ni. OK. Jangan pandang rendah dengan sengkenit (",) Jangan ambil mudah bila sakit supaya tak jadi macam Aku. Walaupun sengkenit hanya binatang yang kecil, ia boleh memberikan mudarat yang berat kepada kita, manusia yang besar dan selalu berasa kuat+++

Aku mungkin dah bunuh sengkenit yang menggigit dan menghisap darah Aku. Sengkenit dah mati tapi Aku masih sakit berbulan-bulan! Nampak tak kesannya? Kesilapan Aku adalah mencabut sengkenit dengan cara menyentap. Tindakan Aku tu menyebabkan bahagian badan (gigi dan kaki) sengkenit melekat pada kulit di badan Aku. Dah tertanam dalam lapisan kulit. Itu la yang membuatkan kesan gigitan sengkenit tu membengkak sehingga mengeluarkan air dan nanah (-,-) Ditambah dengan perbuatan menggaru setiap kali berasa gatal, kuman semakin merebak pada bengkak.

Sebab tu minyak gamat, bam gamat, air garam dan dettol tak berkesan walaupun fungsinya dikatakan untuk membunuh kuman. Ia sekadar meredakan kegatalan dan lebih kepada untuk mengawal pembiakan bakteria/ kuman je. OK. Aku lega dah tahu punca selalu jatuh sakit. Lega punca jatuh sakit dah dirawat. 3 kesan gigitan sengkenit di bahagian lain *tumit, peha, lutut* juga semakin surut. Moga betul-betul sembuh lepas ni (",) Oppsss! Belum tamat lagi. Ada ekstra. Aku tak cerita pun macam mana Aku boleh kena serang dengan sengkenit kan?


EKSTRA

OK. Belakang rumah dan sebelah rumah Aku ni hutan. Dalam rumah ada bela 2 ekor kucing (-,-)" Keliling rumah ada kebun mini yang ditanam dengan pelbagai pokok buah/ sayuran/ tumbuhan. Pokok tu sumber makanan kepada 'kereta sodok' a.k.a BABI HUTAN dan binatang-binatang lain yang menghuni hutan sebelah dan belakang rumah. Dia datang makan malam je. Kaitannya dengan kucing, kucing-kucing suka main belakang rumah kadangkala sampai ke hutan. Bila balik, badan penuh dengan sengkenit! Terutamanya pada telinga (~_~) Kucing tu adalah satu agen utama penyebar sengkenit ke dalam rumah. Caranya?

Kucing suka menggaru kan? Setiap kali garu tu la sengkenit akan jatuh. Itu kalau garu. Cara lain, kucing berguling-guling atau baring pada sofa, permaidani, kain baju atau mana-mana sudut rumah. Sengkenit akan turun/ jatuh/ melompat dari badan kucing untuk mencari hos. Dalam rumah Aku, boleh dikatakan sengkenit ada dimana-mana saja! Aku tak dapat nak kawal aktiviti kucing luar rumah. Bila dah jadi macam ni Aku rasa nak buang je kucing-kucing tu! Kucing la faktor utama sengkenit bersepah dalam rumah (-,-)"

Itu dari kucing, melalui kucing. Cara lain, secara langsung, Aku akan dihinggapi sengkenit secara tak sedar sewaktu menjemur kain baju di belakang rumah atau memetik buah/ sayur di kebun keliling rumah. Risiko untuk dihinggapi sengkenit agak tipis kerana Aku jarang jemur baju di luar. Seboleh-bolehnya Aku tak mahu pijak rumput dan hadkan aktiviti di kawasan berumput! FOBIA. Dalam Aku berjaga-jaga, berhati-hati, ia tetap juga terjadi (",) Kali ke-2 lebih teruk dari kali pertama dulu. Dan risiko untuk terjadi lagi memang BESAR SANGAT memandangkan masih ada kucing dan masih ada BABI HUTAN.


PENYELESAIAN.


Penyelesaian pertama yang terlintas dalam otak Aku; BUANG KUCING-KUCING. Tak ada kucing tak ada sengkenit, tak ada la rumah penuh bulu kucing, tak ada la barang rosak kena cakar, tak ada la makanan atas meja kena curi, tak ada la dapur besepah kena selongkar+++. Ke-2; Kalau kucing dah tak ada tapi masih ada babi hutan masuk kawasan rumah cari makanan, risiko sengkenit tetap ada. So Aku nak racun babi hutan. Macam mana? *eh? hhmmm eaaaa aisehhh* Ke-3; Wujudkan kawasan selamat serta privasi dengan membina tembok atau pagar untuk memisahkan hutan dan kawasan rumah. Macam senang je bunyi kan? Yang pasti, Aku takkan buat penyelesaian ni (",) *banyak 'terma & syarat' daaa* Ke-4; Aku balik duduk KL balik. Yang ni memang Aku tunggu-tunggu sangat. Bila la nak hujung tahun ni... TAMAT.


2 comments :

Rafiqkie Bailan said...

yup...kucing penyumbang utama masalah n. nk tw sy pn ada msalah yg sma ngan sengkenit atau dlm englishnya flea ni....tabiatnya mmg akan rancak bila musim panas, dulu ada spray baygon (setgh2 pasaraya x jual sbb kandungannya bebahaya kpd haiwan n manusia..dan ada kes bunuh diri guna baygon) yg bleh lwn sengkenit tp bahaya...ada kandungan cyanide

ME illusionist said...

Hi RB,

Terima kasih kongsi info baygon++ tu (^_^) Kalau masih ada dijual mungkin boleh gunakan untuk tujuan mengawal/ mencegah sengkenit. Boleh saya tahu macam mana RB atasi masalah sengkenit? Cara nak buang dan rawat kesan sengkenit misalnya?

;