- 15 Mac 2014 -
Resepi : tyara NY
Kategori : Puding
Sub Kategori : Puding | Pencuci Mulut
Saiz Hidangan : untuk 4-5 orang
Sipnopsis : Saja nak cuba buat Puding Roti lagi, tapi bukan Puding Roti Kastad. Nak cuba buat Puding Roti lain pula sebagai kunyah-kunyah untuk minum petang (",) Macam-macam versi Puding Roti ada di perkongsian maya. Tapi tak ada satu pun yang menepati kriteria yang Aku mahukan a.k.a 'guna bahan apa yang ada jeee' (-,-)" Sudahnya Aku rujuk balik resepi Puding Roti Kastad Kak Kujie dan derhaka resepi tu. Aku tukar bahan, tambah bahan sesuka hati yang dirasakan logik untuk hasilkan Puding Roti *krik krik krik krik* Maka terhasil la Puding Roti Belasahan yang sedap - huuu! Apalagi bila dicurahkan sos coklat - heee! Kesedapan berganda - Yuuuhuuu! *over eh?* Dah jadi, so Aku kongsikan resepinya;
- Bahan A -
*Roti Putih - 1 bungkus
*Susu Segar - 6 cawan
- Bahan B -
*Marjerin - ½ cawan
*Gula - ½ sudu
*Telur Ayam - 5-6 biji
*Tepung Jagung - 3 sudu
*Tepung Kastad - 3 sudu
*Esen Vanila - 2 penutup
- Bahan-Bahan Sos -
*Coklat Masakan - 1 bar
*Susu Pekat Manis - ¼ sudu
*Susu Segar - ¼ sudu
*Marjerin - ¼
*Gula - ¼
- Cara Membuat -
1. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk.
2. Tuang susu ke dalam mangkuk - rendam selama 20 minit.
3. Dalam bekas lain - Satukan semua bahan B dan pukul hingga sebati.
4. Campurkan bahan B dan A - ratakan.
5. Bakar dengan api perlahan sehingga masak. SIAP!
- Cara Membuat Sos -
6. Satukan semua bahan Sos. Masak dengan kaedah double boiler dengan api perlahan.
7. Kacau semua bahan sebati/ sehingga sos pekat. SIAP!
Nota : Sekali pandang resepi ni lebih kurang sama resepi Puding Roti Kastad, sebab ia adalah olahan/belasahan resepi asal Puding Roti Kastad. OK - Aku gunakan kaedah kukus dan bakar untuk masak Puding Roti ni. Pada pendapat Aku, hasil bakar lebih baik berbanding kukus. Puding Roti yang dibakar 'membesar' dengan baik, lembut tapi rangup dibahagian bawah, tekstur kering-lembab puding menyerap sos coklat. Berbanding kaedah kukus - puding menyerap lembapan sewaktu mengukus dan mengeras apabila disejukkan. Sebelum terlupa, kaedah bakar, Aku guna magic pan jeee - bakar selama 30 minit atau sampai masak.
No comments :
Post a Comment