-30 Mei 2014 -
Resepi : Puan Munira Baharum
Sumber : Yati Memories
Sumber : Yati Memories
Kategori : Kek
Sub Kategori : Kek Coklat
Saiz Hidangan : untuk 3-4 orang
Assalamualaikum & Salam Mesra.
Sinopsis
: Teringin nak makan kek coklat. Secara tak sengaja Aku dapat tahu tentang Kek
Coklat Munira ni dari page yang
berkongsi resepi. Dari komen-komen yang Aku baca, ramai yang dah cuba dan akui
Kek Coklat Munira ni memang sedap. Malah ramai blogger yang dah mencuba resepi
kek ni dan kongsikan semula di blog mereka. Aku Google – memang betul! Bagaikan
orang mengantuk disorongkan bantal la Aku, teringin nak cuba dan rasa resepi kek
coklat Puan Munira pula (*_^) Hasilnya. . Seperti mereka yang telah mencuba
resepi kek coklat ni, Aku turut akui resepi kek coklat oleh Puan Munira ni
memang weee! Gebu. Kepuasan rasa coklat. Lembut. Sedappp!
- Bahan-Bahan A -
* Gula Pasir - 1 cawan
* Serbuk Koko - 1 cawan
* Susu UHT - 1 cawan
* Susu Pekat - 1 cawan
* Minyak Masak - 1 cawan
- Bahan-Bahan B -
* Tepung Gandum - 3/4 cawan
* Soda Bikarbonat - 1camt
* Serbuk Penaik - 1camt
- Bahan-Bahan C -
* Telur Ayam - 4 biji
* Serbuk Koko - 1 cawan
* Susu UHT - 1 cawan
* Susu Pekat - 1 cawan
* Minyak Masak - 1 cawan
- Bahan-Bahan B -
* Tepung Gandum - 3/4 cawan
* Soda Bikarbonat - 1camt
* Serbuk Penaik - 1camt
- Bahan-Bahan C -
* Telur Ayam - 4 biji
- Cara Membuat -
1. Blender telur ayam dan ayak semua BAHAN B.
2. Satukan semua BAHAN A dan masak di atas api perlahan - gaul hingga sebati.
3. Satukan BAHAN C & B ke dalam BAHAN A secara berselang seli hingga sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
5. Kukus selama 30-45minit atau sehingga masak. SIAP!
2. Satukan semua BAHAN A dan masak di atas api perlahan - gaul hingga sebati.
3. Satukan BAHAN C & B ke dalam BAHAN A secara berselang seli hingga sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
5. Kukus selama 30-45minit atau sehingga masak. SIAP!
Nota : Resepi kek coklat ni
memang cepat dan mudah dari segi sukatannya serta cara membuatnya. Aku suka! Kalau ada topping mesti
lagi mengancam kan? Malang sekali Aku tak dapat buat kerana ketiadaan bahan. Tapi
kan, tanpa topping pun kek coklat ni memang dah weee! (^_^) Lain kali kalau
buat lagi Aku akan buat topping juga. Oppsss! Sebelum terlupa, Aku bakar kek coklat
ni dalam magic pan jeee. .
No comments :
Post a Comment