GOS.
GOS adalah singkatan yang Aku berikan kepada 'GENERASI OTHMAN & SALIO'. Tujuan entri ini adalah sebagai jejak rekod dan rujukan untuk generasi akan datang bermula dari generasi pertama Othman & Salio. Di atas adalah gambar genarasi pertama famili GOS iaitu anak-anak kepada Othman & Salio. Ini adalah salah satu usaha Aku dalam membuat carta sala-silah keluarga sebelah Emak serta menjejak kaum keluarga lain yang belum pernah berjumpa.
Othman, nama penuhnya Othman Bin Haji Khalid adalah datuk Aku dan Salio, nama penuhnya Salio Binti Haji Khatib Samad adalah nenek Aku. Anak-anak Othman & Salio adalah 8 orang - 4 lelaki dan 4 perempuan. Bermula dengan anak yang sulong hingga bongsu - (1) Puad @ Paward Bin Othman (2) Hamzah Bin Othman (3) Ishak Bin Haji Dahlan @ Othman (4) Ainon Binti Osman (5) Fauziah Binti Othman (6) Rubayah Binti Othman (7) Rahimah Binti Othman. Seorang lagi anak lelaki telah meninggal dunia ketika masih kecil kerana demam panas.
Pangkat & Gelaran.
Panggilan atau gelaran Aku kepada genarasi pertama Famili GOS - (1) Puad @ Paward Bin Othman = Pak Long (2) Hamzah Bin Othman = Pak Ngah (3) Ishak Bin Haji Dahlan @ Othman = Pak Lang (4) Ainon Binti Osman = Mak Andak (5) Fauziah Binti Othman = Mak Anjang (6) Rubayah Binti Othman = Mak Teh (7) Rahimah Binti Othman = Mak Su.

Tiada ulasan :
Catat Ulasan