- 17 November 2011 -
Assalamualaikum
Pada tulisan yang lalu Aku merancang untuk mencari siput & ketam lagi keesokkan hari. Terfikir nak ajak beberapa orang. Ye la, kalau ramai yang join maka banyak la hasil tangkapan nanti. Errr.. Tapi Intan cuma ajak sorang je – WAWA. Okey la tu.. Sampai di jalan Tanjung Rhu, keadaannya sama macam semalam. Banyak kereta diletakkan di bahu jalan. Orang yang mencari siput lebih ramai dari semalam. Disebabkan ramai orang di kawasan PAYA, kami beredar ke kawasan PANTAI macam semalam. Tak ramai orang yang mencari siput/ ketam di pantai.
![]() |
![]() |
Lokasi pantai tempat kami menangkap ketam ni betul-betul depan Hotel Tanjung Rhu. Petang tu ramai pelancong luar negara yang menginap di Hotel Tanjung Rhu memerhatikan gelagat kami. Setiap kali dapat tangkap ketam je kami akan jerit "DAPAT!!". Jeritan kami menarik perhatian beberapa pelancong untuk turut join dan mula bertanyakan itu ini. Kami ditanya samada ketam yang ditangkap tu boleh dimakan atau tak. Ketam itu akan dimasak apa dan cara memasak ketam tu. Kami juga ditanya tentang hidupan laut yang ada di Pantai Tanjung Rhu. Errr.. Aku cadangkan pelancong tu pergi UNDERWATER WORLD je..
![]() |
Berbalik kepada ketam, ada beberapa cara menangkap ketam. Tapi kami ada cara tersendiri menangkap ketam! Cara tu tak sengaja je sebenarnya. Pada awalnya, dulu-dulu gunakan cara tu untuk cari siput tapi dengan ketam sekali dapat. Okey! Jom tengok gambar kat bawah.
Ini rupa fizikal seekor KETAM yang kami tangkap.
1. Pada cengkerang ketam terdapat dua duri di kiri dan kanan badannya.
Tekan badan ketam dan pegang dengan jari seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
2. Angkat ketam dan masukkan dalam bekas.
Jaga-jaga, duri tu tajam ye..
ATAU, cara kedua,
Selepas step 1, pegang hujung kaki ketam macam dalam gambar.
Cara ni tak rasa sakit sebab tak perlu cengkam duri ketam dengan jari
tapi risiko tersepit tu ada bila ketam tu menggeletis!
_______________________________________________________________________________________
Okey!
Hasil tangkapan yang kami dapat pada hari ke-2!
Hasil tangkapan yang kami dapat pada hari ke-2!
Ketam Goreng Tempura.
Rangup sangat! Macam keropok. Makan sampai lebam, sampai muak.





Tiada ulasan :
Catat Ulasan