HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Kalau Anak Itu Hidup...


- 28 September 2012 -


Kalau anak itu hidup...

Jika anak itu hidup dalam kritikan,
dia belajar menyalahkan orang lain.

Jika anak itu hidup dalam kekasaran,
dia akan belajar melawan.

Jika anak itu hidup dalam ketakutan,
dia belajar menjadi pengecut.

Jika anak itu hidup dalam iri hati,
dia belajar untuk merasa bersalah.

Jika anak itu hidup dalam kesabaran,
dia belajar menjadi penyabar.

Jika anak itu hidup dalam galakan,
dia belajar menjadi yakin.

Jika anak itu hidup dalam pujian,
dia belajar menghargai.

Jika anak itu hidup dalam penerimaan,
dia belajar menyayangi.

Jika anak itu hidup dalam persetujuan,
dia belajar menyayangi dirinya.

Jika anak itu hidup dalam pengiktirafan,
dia belajar bahawa ada baiknya mempunyai matlamat.

Jika anak itu hidup dalam kejujuran,
dia belajar apakah itu kebenaran.

Jika anak itu hidup dalam keadilan,
dia belajar untuk menjadi adil.

Jika anak itu hidup dalam keselamatan,
dia belajar untuk yakin pada diri dan pada orang lain.

Jika anak itu hidup dalam kemesraan,
dia belajar bahawa dunia ini adalah tempat yang sesuai untuk hidup!


DALAM SUASANA APAKAH ANAK ANDA HIDUP?


Tiada ulasan :

;