- 9 Oktober 2012 -
*tulisan yang lambat sangat updated*
Bermula la cerita seram...
Kami mulakan perjalanan ke utara tanah air. Adam memilih untuk menggunakan jalan lama. Alasannya (1) Perjalanan malam hari tak banyak kereta pun, lagi-lagi bukan musim yang buat jalanraya sesak. Buat apa bazirkan duit bayar tol? (2) Tak rushing sangat nak sampai Kuala Perlis, sebab kalau sampai awal sangat pun kaunter tiket feri masih belum buka. Yang penting selamat sampai.
*tulisan yang lambat sangat updated*
Seram tak tajuk entri kali ni? Tak seram? Kena baca sampai habis! Al-kisahnya... Awal bulan (Oktober) ni Aku terima satu SMS ketika sedang bekerja. Dek kerana busy Aku abaikan je SMS tu. Bila dah tak busy Aku pun baca. Rupanya dari adik Aku Intan. Sempoi je SMS dia "Hi, Please call me back" (-,-)" Aku call Intan. Terdengar dia menangis teresak-esak. Terus rasa tak best, rasa trauma!
Intan beritahu Mak dah beberapa hari sakit. Hari ni Mak terbaring. Tak boleh bangun. Dengan Intan sekalipun demam! Bersungguh-sungguh Intan merayu minta Aku balik kampung. Emak dah tak larat bangun untuk uruskan rumah. Menggigil. Terus teringat peristiwa 6 tahun dulu. Trauma 6 tahun dulu pun belum hilang lagi. Terfikir "Semua sakit, siapa yang uruskan Armand sekolah?" Tak boleh jadi, AKU KENA BALIK KAMPUNG! Kebetulan bos ada kat sebelah, terdengar perbualan Aku dengan Intan. Belum sempat minta izin, dia suruh Aku balik cuti kecemasan..
Balik rumah. Aku call adik-adik. Tak berjawab. Dengan adik-adik ipar sekali Aku call. Tak berjawab juga (x_x) Semua tengah kerja. Sampai rumah packing barang terus ke stesen bas. Dalam perjalanan, Adam call. Lepas tu sorang sorang adik Aku call. Semua pun buat keputusan nak balik kampung juga. Tak jadi balik naik bas, Aku balik kampung dengan Adam. Sementara yang lain minta cuti, kami gerak dulu.
Kami mulakan perjalanan ke utara tanah air. Adam memilih untuk menggunakan jalan lama. Alasannya (1) Perjalanan malam hari tak banyak kereta pun, lagi-lagi bukan musim yang buat jalanraya sesak. Buat apa bazirkan duit bayar tol? (2) Tak rushing sangat nak sampai Kuala Perlis, sebab kalau sampai awal sangat pun kaunter tiket feri masih belum buka. Yang penting selamat sampai.
Cerita seram ceriakan suasana?
Disebabkan kami bekerja sebelum bertolak balik ke kampung, masing-masing keletihan dan agak sangap terutamanya Aku. Senyap sunyi. Bila tengok Adam macam mengantuk "Kau okey ke Dam? Kalau ngantuk meh Akak bawak pulak" Dia balas "Takpe kak. Orang okey". Senyap lagi. Kejap lagi Aku tanya lagi. Adam bagi jawapan yang sama. Ketika mula perjalanan awal tadi masing-masing cergas. Semakin jauh perjalanan semakin kuyu mata. Aku dah beberapa kali tertidur. Terjaga. Tengok kiri kanan jalanraya gelap. Suasana sepanjang jalan lama tu sunyi. Bosan. Entah kenapa masing-masing senyap. Biasanya bila kami adik beradik berjumpa, berkumpul je mesti meriah. Kali ni.. Hhmmm.. Mungkin keletihan. Mungkin risau fikirkan Mak..
So nak hilangkan bosan Aku berbual dengan Adam dan Fiza. Lama sangat diam, sunyi. Rancak kami berbual. Dari perkembangan masing-masing, kerja, famili. Entah macam mana Aku terbuka topik kemalangan, hantu bagai. Bila topik ni Aku je la yang bercerita pot pet pot pet. Adam dengan Fiza senyap je. Dalam dok rancak bercerita tu tiba-tiba kami dikejutkan dengan cahaya putih terang benderang yang menyilaukan mata menuju mendadak ke arah kami. Seolah-olah panahan petir. Kemudian hilang macam tu je. Apa tu?
Mujur Adam tak terbabas dek silau cahaya tu. Masing-masing terdiam. Aku tak ada la fikir bukan-bukan, tapi tak tau la Adam dengan Fiza. Perjalanan diteruskan. Masing-masing senyap sunyi lagi. Adam dan Fiza nampak gelisah je. Tak jadi sambung cerita yang terbantut dek cahaya silau tadi. Aku perhatikan jalanraya bertentangan jarang sangat ada kereta lalu. Depan kami pun tak ada kenderaan lain. Begitu juga di belakang. Melepasi kampung-kampung dan hutan. Sesekali perjalanan diterangi cahaya lampu jalan. Terasa jauh betul perjalanan. Mula rasa mengantuk balik.
Aku perasan Fiza lain macam je. Sekejap-sekejap dia menjeling ke tepi. PELIK. Macam jeling kat Aku pun ye jugak. Aku abaikan. Kalau sekali dua dia jeling-jeling Aku tak kisah, ni berkali-kali. Dalam hati tertanya-tanya apa yang tak kena. Aku ada tersalah cakap ke? Dia kecik hati sebab Aku asyik tidur tak bergilir bawa kereta dengan Adam ke? Yang lagi pelik Fiza hanya pandang jeling sebelah kanan saja - tingkap kereta belakang sebelah kanan. Padahal Aku duduk ditengah. Bila Fiza pandang dan jeling ke arah tingkap sebelah kanan, Aku pun tengok juga. Tak ada apa pun. Fiza pandang apa? Dia jeling kat siapa sebenarnya? Apa bendanya!?
Bukan Fiza je, Adam pun sama. Sekejap-sekejap dia tengok belakang melalui cermin pandang belakang. Tapi tak ketara macam Fiza. Bila Fiza pandang dan jeling lagi tingkap sebelah kanan belakang *sebelah Aku* Aku tanya "Fiza tengok apa sebenarnya?" sambil ikut pandang. Tak ada jawapan. Aku tanya lagi tapi dia tetap tak jawab (-,-)" Berkerut-kerut muka dia pandang tingkap sebelah kanan Aku. Adam pun senyap. Kenapa dengan dorang? Kecik hati Aku.. Takpe la. Semua diam. Tak ada berbual lagi. Persoalan tu tak tak terjawab sampai Aku tertidur lagi.
Rupa-rupanya...
Adam kejutkan Aku. Dah sampai Kuala Perlis. Beli tiket feri. Masing-masing mendiamkan diri. Sementara menunggu feri paling awal, kami sarapan di restoren berdekatan. Baru la Adam bersuara buka cerita, menjawab soalan Aku yang diabaikan sewaktu dalam kereta. Cahaya putih terang benderang yang tiba-tiba muncul entah dari mana menuju ke arah kami dan tiba-tiba hilang. Sebenarnya cahaya tu bertukar kepada sesuatu yang lain dan menempek di tingkap sebelah kanan belakang kereta. Katanya sesuatu tu pandang je Aku. Ye ke? Aku pun pandang juga tingkap sebelah kanan Aku tapi tak nampak apa-apa pun?
Fiza pelik "Takkan Akak tak nampak!? Dia pandang je kakak.." Adam mengiyakan. Aku diam. Kenapa Aku tak nampak apa yang Adam dan Fiza nampak? "Sebab tu kitorang diam je, tak jawab akak tanya" Dorang pelik sebab Aku tak nampak. Aku pelik sebab dorang je nampak. Padahal setiap kali Fiza jeling tu, Aku pun ikut tengok sama. Tak nampak apa-apa pun apalagi la 'sesuatu' yang dorang katakan tu. Kenapa ye? Tak ada jawapan. Alhamdulillah kami semua selamat sampai kampung. Tapi.. Selepas Adam dan Fiza berikan jawapan, Aku ada sedikit perasaan - GUGUP. Rasa takut menyelinap dan merebak dalam diri!


Tiada ulasan :
Catat Ulasan