HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Al-Fatihah | Mahmud B. Ahmad


- 1 November 2012 -


Al Fatihah Mahmud B. Ahmad.

Arwah Mahmud B. Ahmad, yang Aku panggil Wa Mud adalah adik beradik arwah Abah. 
Anak sulung, abang arwah Abah Aku, Yahya B. Ahmad. Wa Mud kembali ke rahmatullah jam 3.30pm pada 31 Oktober 2012 kerana sakit tua. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.


_________________________________________________________________________________

Terkilan..

Terkilan sangat kerana lambat terima berita pemergian arwah Wa Mud. Bukannya tak ada sesiapa yang cuba sampaikan kabar sedih itu pada Aku sebaik arwah hembuskan nafas terakhir, ADA. Mak beberapa kali call Aku tapi tak berjawab. Mesej pun tak berbalas. Selepas 6 jam baru Aku tahu ada banyak missed call  dan mesej dari Mak! Baca mesej Mak. Terduduk sebak. Rasa sedih, terkilan, marah bercampur baur. Terus call  Mak.



Selepas 6 jam?

Kesal sangat bila tengok berpuluh missed call  dari Mak. Mesej-mesej Mak yang minta Aku respon. Bukannya Aku tak nak respon. Tapi masa Mak call dan SMS tu pun Aku tak tahu. Tak dengar sebab HP tersimpan dalam loker. HP tak dibenarkan ketika bertugas. Simpan dalam poket pun tak boleh ok! Peraturan tempat kerja. Sebab tu selepas 6 jam, selepas habis kerja baru Aku tahu berita pemergian Wa Mud..


Hari itu..

Padahal pada pagi hari tu, Aku baru mengadu dan luahkan pada Mr. H, macam mana kalau ada panggilan kecemasan dan penting tak berjawab sebab HP kena simpan dalam loker 12 jam - dari masuk sampai balik kerja? Rupanya perasaan tak sedap hati Aku tu bersebab. Apa yang Aku khuatirkan akhirnya berlaku juga pada hari yang sama. Sedih. Marah. Terkilan. Disaat kaum keluarga yang lain berkumpul untuk melihat arwah Wa Mud buat kali terakhir dan bertalkin, Aku pulak terkulat-kulat sendiri kerana baru terima berita lewat malam *cukup kali ni*


Tiada ulasan :

;