HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Apa Itu BB Cream?




Sejarah BB Cream

Sejarah tentang BB Cream bermula pada tahun 1960 di mana sewaktu krim sapu yang pertama diperkenalkan sebagai sejenis kosmetik umum. Pada mulanya ahli dermatologi menggunakan BB Cream untuk membantu pesakit pembedahan laser bagi melindungi, melembut dan membina semula kulit mereka yang senditif akibat pembedahan selain memberikan perlindungan daripada parut dan kemerahan pasca pembedahan.

Kehangatakan produk ini bermula pada tahun 2016 di mana kebanyakan artis terutama di Korea menggunakan BB Cream untuk mendapatkan rupa yang menawan dan semulajadi. Bermula dari situlah 'GAYA HIDUP TANPA MAKE-UP". BB Cream juga dikenali sebagai krim ajain kerana keupayaan dan keberkesannya memperbaiki kulit. BB Cream ternyata berbeza dengan kebanyakan produk kecantikan lain iaitu KOSMETIK + PERAWATAN kulit dalam satu langkah. 



Apa Itu BB Cream?

BB Cream adalah singkatan daripada perkataan Blemish Balm. Juga dikenali sebagai Bebblash Balm  dan Beauty Balm. BB Cream adalah produk penjagaan kulit pelbagai guna dengan fungsi kosmetik bervariasi. Secara umumnya ia adalah alas solekan (foundation). Tetapi BB Cream bertindak lebih daripada alas solekan kerana mengandungi peling UV, pelembab, pengawal minyak & sebum dengan ciri-ciri penyembuhan (yang menjana semula kulit), pemutih serta anti-penuaan!

Malah BB Cream juga mampu menyamakan warna tona kulit, bintik hitam, menghilangkan kesan parut, menghaluskan liang roma dan menambahkan seri kulit tanpa penggunaan make-up asas yang tebal. Penggunaan BB Cream secara berterusan dan konsisten akan meningkatkan lagi tekstur keseluruhan kulit dan mengurangkan masalah kulit kerana keupayaannya merawat kulit. BB Cream juga disebut sebagai 'Krim Ajaib' kerana fungsinya yang 'All-In-One' iaitu kosmetik sekaligus perawatan kulit - menjadikan make-up  lebih baik dan mudah.



Perbezaan BB Cream & Foundation

Foundation adalah asas solekan yang hanya menutup cela wajah tanpa fungsi lain. Berbeza dengan BB Cream yang mempunyai fungsi make-up  yang variasi dengan diri-ciri perawatan, memperbaiki dan penyembuhan. Antara fungsi BB Cream : -

♥ Sebagai krim essensial : menutrisi kulit, menegangkan kulit dan menghaluskan kulit sehingga tampak selembut satin malah lebih putih.

♥ Sebagai pelindung UV : dengan kandungan SPF++ ia dapat melindungi kulit daripada sinaran UV yang menyebabkan bintik-bintik hitam di wajah.

♥ Sebagai alas solekan : membantu memperbaiki masalah kulit serta melindungi wajah daripada bahan kimia berbahaya dari produk make-up  lain.

♥ Sebagai foundation : menjadikan solekan nampak lebih sempurna dan tahan lama serta tidak berminyak walaupun dipakai sepanjang hari.




Rumusan Tentang BB Cream

BB Cream bukanlah sekadar alas solekan yang hanya menutup cela wajah tetapi ia adalah KOSMETIK + PERAWTAN KULIT (make-up + skincare). Pengunaan BB Cream yang berterusan akan menjadikan kulit lebih sihat dan cantik!

BB Cream = base + foundation + concealer + sunblock + moisturizer + oil control + healing properties (skin regeneration, pore tightening, skin toning) + optional features (anti-wrinkles, brightening, whitening)



Kesan Pemakaian BB Cream

Mengecilkan/ menutup pori-pori, cela, garis halus dan menyeragamkan tona kulit tanpa menyumbat pori-pori atau merosakkan kulit wajah. Malah menjadikan kondisi kulit lebih baik dan sihat.



Kesan Pemakaian BB Cream Selepas Sebulan

Tekstur kulit menjadi lebih halus, bercahaya dan sihat. Di mana setiap kali penggunaan BB Cream ia 'bekerja' sebagai lapisan yang melindungi kulit dari sinaran UV, pencemaran serta bahan kimia dari penggunaan kosmetik lain. Juga berfungsi sebagai oil control  dan membekalkan kelembapan yang menjadikan kulit lebih lembut serta sihat.



Ciri-ciri Asas BB Cream

♥ BB CreamBertindak sebagai foundation  tapi tanpa menumbat pori-pori atau merosakkan kulit

Lapisan yang alami pada kulit seperti tanpa make-up

♥ Menyembuhkan dan merawat semua jenis pigmentasi, perubahan warna kulit, jerawat, bekas/parut jerawat

♥ Mengecilkan dan menutup pori-pori

♥ Berfungsi 'All-In-One' iaitu asas solekan, krim pelembab, pelindung UV, anti-penuaan, perawat dan pemutih.


P/s : Jika anda berfikir tidak akan ada komestik seperti itu, berjalanlah di setiap kaunter kosmetik di Korea dan tanyakan jurujualnya. Hampir semua gadis korea tidak hanya tahu tapi amat menyukai BB Cream!


Tiada ulasan :

;