Setelah beberapa minggu menjalani OJT Purplelicious bersama pihak consultant, akhirnya tiba hari yang dinantikan oleh Aku dan semua team Purplelicious - perasmian Purplelicious The Foods Wagon pada 17 Mac 2013 yang lalu. Purplelicious The Foods Wagon dirasmikan bersama Program 1 Miliion Purple Walk oleh Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak serta isteri Datin Rosmah Mansur di Putrajaya.
Apa itu Purplelicious?
Purplelicious adalah salah satu projek dibawah Purple DNA oleh KPWKM. Tujuan Purplelicious The Foods Wagon adalah untuk membantu golongan ibu tunggal khususnya dan mereka yang kurang berkemampuan dengan memberikan peluang perniagaan makanan bersama Purple DNA bagi menjana pendapatan. Selain Purplelicious. projek lain Purple DNA ialah Purple Pride, Purple Ecostyle & Purple Haven. Untuk maklumat lanjut mengenai Purple DNA klik SINI.
Purplelicious The Foods Wagon adalah trak menjual makanan. Istimewanya, produk yang dijual oleh Purplelicious adalah 100% resepi dari Master Chef Malaysia - Chef Jo dan Chef Dollah yang turut menjadi penasihat penyediaan makanan kepada Purplelicious. Purplelicious berkonsepkan makanan segara - Ready To Eat (RTE). Antara makanan yang dijual ialah spagethi, sandwich, hotdog, keropok lekor, pisang goreng, ice blended dan smoothie. Makanannya memang sedap! Aku paling suka Spagethi Bolognese dan Creamy Mushroom. Yummy okey!
Buat masa ni Purplelicious The Foods Wagon beroperasi dengan menggunakan 2 trak di Putrajaya. Kalau anda ke Putrajaya jangan lupa singgah ke trak Purplelicious The Foods Wagon di Presint 4. Kepada yang berminat menyertai Purplelicious boleh hubungi Purple DNA atau dapatkan maklumat lanjut di laman web Purple DNA. OK jom tengok gambar-gambar perasmian Purplelicious The Foods Wagon.
p/s : Tak ada gambar makanan Purplelicious. Tak sempat nak ambil gambar makanan sebab cameraman sibuk ambil gambar kami yang sibuk menyediakan makanan + melayan pelanggan. Tak putus-putus pelanggan satu hari perasmian tu. Insha Allah, kalau tulis tentang Purplelicious lagi Aku akan kongsikan gambar makanan.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan