Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.
Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat berdasarkan hadis daripada Aisyah yang berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat.” (Riwayat Bukhari).
Niat Solat Terawih
أُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيحِ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى
Maksudnya : "Sahaja Aku solat terawih 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Atau
أُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيحِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُومًا/إِمَامًا للهِ تَعَالَى
Maksudnya : "Sahaja Aku solat terawih 2 rakaat (makmum/ imam) kerana Allah Ta''ala"
Solat Terawih dilakukan sebanyak 8 rakaat atau sehingga 20 rakaat, setiap 2 rakaat 1 salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat (tidak ada hadis Nabi tentang bacaan surah ini)
Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
- SOLAT WITIR -
*Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. Di antara fadhilat solat witir ialah :
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
3. Riwayat Abu Daud dan Tirmiza ; "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran"
Niat Solat Witir
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Maksudnya : "Sahaja Aku solat sunat Witir 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Atau
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
Maksudnya : "Sahaja Aku solat sunat Witir 1 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Zikir sesudah solat Witir
(3x) سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
Doa solat Witir
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ إِيْمَانًا دَائِْمًا ، وَنَسْأَلُكَ قَلْبًا خَاشِعًا وَنَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَنَسْأَلُكَ يَقِيْنًاصَادِقًا
، وَنَسْأَلُكَ عَمَلاً صَالِحًا ، وَنَسْأَلُكَ دِيْنًا قَيِّمًا ، وَنَسْأَلُكَ خَيًْرا كَثِيْرًا ، وَنَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ
. وَنَسْأَلُكَ تَمَامَ الْعَافِيَةِ ، وَنَسْأَلُكَ الْشُكْرَ عَلَى الْعَافِيَةِ ، وَنَسْأَلُكَ الْغِنَاءَ عَنِ الْنَّاسِ
. اللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاَتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَتَخَشُّعَنَا وَتَضَرُّعَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتَمِّمْ تَقْصِيْرَنَا يَا الله يَا الله يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن
. وَصَلى اللهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
( Allaahumma Innaa Nas’aluka Imaanan Daa-Iman, Wa Nas’aluka Qalban Khaasyan, Wa Nas’aluka “Ilman Naafi’an, Wa Nas’aluka Yaqiinan Shaadiqan, Wa Nas’aluka ‘Amalan Shaalihan, Wa Nas’aluka Diinan Qayyiman, Wa Nas’aluka Khairan Katshran, Wa Nas’alukal ‘Afwa Wal ‘Aafiyah, Wa Nas’aluka Tamaamal Aafiyah, Wanas’alukasys Yukra Alal Aafiyah, Wa Nas’alukal Grilnaa ‘Aninnaas. Allaahumma Rabbanaa Taqabbal Minnaa Shalaatanaa Wa-Shiyaamanaa Wa Qiyaamanaa Watakhasy-Syu’anaa Wa Tadharru’anaa Wa Ta’abbudanaa Wa Tammim Taqshiiranaa, Yaa Allaahu Yaa Allaahu Ya Allaahu Yaa Arhamar Raahimi Washallallaahu ‘Alaa Khairi Khalqihi Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi Wa Shahbihi Ajma’iina Wal Hamdu Lillaahirabbil ‘Aalamiin )
Maksudnya : “Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu iman yang tetap, kami memohon kepada-Mu hati yang khusyu’, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, kami memohon kepada-Mu keyakinan yang benar, kami memohon kepada-Mu amal yang soleh, kami memohon kepada-Mu agama yang lurus, kami memohon kepada-Mu kebaikan yang banyak, kami memohon kepada-Mu ampunan dan afiat, kami memohon kepada-Mu kesihatan yang sempurna, kami memohon kepada-Mu syukur atas kesihatan, dan kami memohon kepada-Mu terkaya dari semua manusia. Wahai Allah, Tuhan kami! Terimalah dari kami solat kami, puasa kami, solat malam kami, kekhusyu’an kami, kerendahan hati kami, ibadah kami, Sempurnakanlah kelalaian (kekurangan) kami, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, wahai Zat Yang Paling Penyayang di antara para penyayang, Semoga rahmat Allah tercurahkan kepada sebaik-baik makhluk-Nya, Muhammad, keluarga dan sahabatnya semua, dan segala puji milik Allah, Tuhan semesta alam”
Ringkasan/ Kesimpulannya;
* Solat Terawih : 2 + 2 + 2 + 2 + = 8 rakaat (setiap 2 rakaat 1 salam)
* Solat Witir : 2 + 1 = 3 rakaat (2 rakaat 1 salam & 1 rakaat 1 salam)
* Demikianlah cara-cara menunaikan Solat Sunat Tarawih dan Sunat Witir untuk mencari keberkatan, kurniaan dan keampunan Allah pada malam-malam bulan Ramadhan yang mulia ini dan terpulanglah kepada individu memilih dan mengikuti cara yang sesuai mengikut kemampuan dan keikhlasan diri masing-masing. Wallahu a’lam...
No comments :
Post a Comment