- 3 Julai 2013 -
Semalam Aku terlupa bagi duit belanja sekolah pada Armand. Kesian Armand dah beberapa kali Aku terlupa bagi duit belanja pada dia. Kadang-kadang tu Aku langsung tak perasan terlupa bagi duit belanja. Armand pun tak pernah cakap atau beritahu. Tak pernah merungut. Aku tahu Aku lupa bagi Armand duit belanja bila balik dari sekolah Armand makan bertambah-tambah. LAPAR. Kekadang tu Armand cakap juga yang Aku lupa bagi dia duit belanja bila dia teringin makan sesuatu "Mama.. pagi tadi Mama lupa bagi duit belanja. Boleh tak duit belanja yang Mama lupa tadi Armand nak makan nasi ayam?"
Takut terlupa lagi, hari ni Aku standby duit belanja Armand kat tangan. Masuk kereta je terus bagi pada dia. Dalam perjalanan ke sekolah Aku sembang dengan Armand, bertanya tentang Aku lupa bagi duit belanja pada dia semalam. "Man.. Semalam tu Ridwan tahu ke Armand tak ada duit belanja?" tanya Aku. "Tak.. Ridwan tak tau pun" Aku tanya lagi "Kalau Ridwan tak tahu macam mana dia boleh belanja Armand donut semalam?" Muka Armand berkerut "Dia yang nak belanja Armand. Masa rehat tadi dia tengok Armand tak beli apa-apa. So dia tanya la. Armand cakap hari ni diet. Duit belanja simpan kat rumah. Lepas tu dia kata takkan dia makan Armand tengok je. Tu yang Ridwan belanja. Kenapa Ma..?"
Nak tergelak dengar jawapan Armand 'diet'. Aku tanya lagi "Kenapa cakap diet pulak? Kenapa tipu? Kenapa tak cakap je Mama lupa bagi duit?" Sambil tunduk Armand jawab " Ye la, Mama dah berapa kali asyik lupa je bagi duit belanja. Lebih baik Armand cakap Armand diet. Nanti kawan-kawan Armand cakap apa pulak. Kang dorang kata "Mama kau ni aysik lupa je". Armand tak nak la orang cakap kat Mama macam tu sebab Mama kan Mama Armand.." Allah. Terdiam Aku. Pandang Armand. Rasa bersalah. Sangat.
"Sorry yang.. Mama tak sengaja. Mama betul-betul lupa. Mama minta maaf ye.." Armand senyum "Tak apa. Mama bukan sengaja. Armand pun salah juga sebab tak minta.." Aku pandang Armand "Terima kasih hensem" sambil tersengih Armand balas "Sama-sama. Armand sayang Mama..." Terbit perasaan indah, kerana miliki Armand. Tak tahu nak tulis dan luahkan macam mana kat sini.
Ada sesuatu di sebalik kejadian tu yang buat Aku berfikir. Tentang hati seorang budak - BERSIH. Tentang akal seorang budak - WARAS. Seorang budak berusia 11 tahun tahu untuk menjaga nama baik orang lain. Tahu apa yang patut dicakap dan tidak sepatutnya. Tidak membuka kekurangan, kelemahan, keburukan atau aib orang lain. KADANGKALA KITA PATUT MELIHAT ANAK-ANAK KECIL. AKAL FIKIRAN MEREKA YANG BERSIH DAN HATI MEREKA YANG JERNIH. KITA PATUT MALU DENGAN MEREKA KERANA KITA ADALAH DEWASA.
No comments :
Post a Comment