HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Nasi Goreng Petai


- 21 Julai 2013 -

Rsepi : Tyara NY
Kategori : Nasi | Nasi Goreng
Saiz Hidangan : 3-4 orang

Sinopsis : Nak habiskan petai sebelum ia mengecut dan mengering! Petai kat dapur dah mengerekot. Sebelum ia menjadi bahan buangan lebih baik lakukan sesuatu (",) Tapi tak tau nak masak apa selain Sambal Bilis Petai. Tiba-tiba bunyi "Tup!". Nasi dah masak. Lauk + sayur belum lagi. Dok fikir nak masak apa. Pandang rice cooker *blink blink* Buat Nasi Goreng Petai la! Habis satu periuk nasi Aku buat Nasi Goreng Petai. Makan la sampai malam (-,-)"



- Bahan-Bahan -

*Nasi - 1 periuk (2 pot beras)
*Bahan tumis - secukupnya (dikisar)
*Cili padi - ½ cawan (dikisar)
*Ikan bilis - 1 cawan
*Petai - 1 cawan (belah tengah)
*Minyak masak - secukupnya
*Garam - secukupnya

- Cara Membuat -

1. Panaskan minyak - goreng ikan bilis hingga garing - toskan.
2. Goreng bahan tumis dengan minyak goreng ikan bilis sehingga naik bau.
3. Masukkan cili padi dan tumis sehingga cili betul-betul masak.
4. Masukkan petai - goreng sehingga masak kemudian masukkan garam - kacau rata.
5. Masukkan nasi dan ikan bilis goreng - kacau rata. SIAP!


Nota : Sebenarnya resepi ni Aku tambah/tolak bahan dari Sambal Bilis Petai je. Tapi kalau guna Sambal Bilis Petai tu buat perencah nasi goreng, rasanya lagi la sedap. Sangat om nom nommm! Telur mata jangan dilupakan okey (*_^)



No comments :

;