- 24 Julai 2013 -
Bulan Ramadhan - adalah bulan untuk umat Islam menunaikan rukun Islam yang ke-3 iaitu berpuasa selama sebulan. Seperti yang kita semua tahu, berpuasa di bulan Ramadhan ini adalah wajib ke atas semua umat Islam. Berpuasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, bermula dari terbitnya fajar sehinggalah terbenam matahari.
Firman Allah SWT
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa" - Al-Baqarah/183
Bekenaan ibadah puasa ini, Aku ada sedikit kemuyskilan tentang hari-hari yang Aku tidak dapat berpuasa (dalam bulan Ramadhan) atas faktor kesihatan. Ganti/qada' puasa dengan berpuasa atau membayar fidyah? Atau kedua-duanya sekali? Apa bezanya qada' puasa dengan membayar fidyah? Jadi Aku tuliskan entri ini sebagai rujukan untuk diri sendiri serta kepada mereka yang memerlukan. Dari sumber Google yang Aku dapati dan kumpulankan adalah seperti di bawah.
Orang Yang Dilarang Berpuasa.
Wanita yang didatangi haid dan nifas - Diriwayatkan dari 'Aisyah ra. ia berkata : “Disaat kami haidh di masa Rasulullah saw, kami dilarang puasa dan diperintahkan mengqadhanya, dan kami tidak diperintah mengqadha Shalat " ( H.R Bukhary Muslim)
*Orang Yang Diberi Kelonggaran Tidak Berpuasa.
1. Orang yang musafir yang tiada tenaga dalam musafirnya oleh berbuka dan wajib ia ganti puasa tersebut.
2. Orang yang uzur seperti orang tua yang tidak mempunyai kekuatan untuk berpuasa.
3. Ibu yang menyusu anaknya, kalau di dapati ibu tersebut lemah disebabkan anaknya menyusu dan lemah disebabkan puasa, maka ibu tersebut boleh berbuka puasanya.
4. Orang Islam yang pergi berperang dan berhadapan dengan musuh Islam, maka dibolehkan mereka berbuka untuk memberikan kekuatan kepada mereka melawan musuh Islam.
5. Orang yang sakit dan dinasihatkan oleh doktor perubatan bahawa beliau tidak perlu puasa dan jika ia puasa sakitnya lebih teruk lagi.
6. Wanita yang hamil dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berpuasa, kerana dikuatiri dirinya menjadi lemah dan akan membahayakan kandungannya, maka wanita itu tidak wajib berpuasa.
Cara Menggantikan/Qada' Puasa Ramadhan.
Adalah WAJIB menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasanya kerana samada keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran atau dari *kelonggaran tidak berpuasa/yang diharuskan berbuka. Waktu qada' puasa tersebut ialah dari selepas bulan Ramadhan kini sehingga bulan Ramadhan berikutnya. Sebagaimana firman Allah SWT;
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui.” - surah Al-Baqarah/184
TAHUN PERTAMA orang yang meninggalkan puasanya atau membatalkan puasanya, maka ia diwajibkan mengganti semula kesemua puasa yang ditinggalkannya. Tetapi bagi orang yang memang tidak mampu untuk berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa, yang jika ia puasa akan mendatangkan kemudharatan kepadanya, maka ia tidak diwajibkan menggantikan puasanya dan ia diwajibkan Fidyah kepada orang miskin.
Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan.
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
Ertinya : "Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala"
Doa Ketika Berbuka Puasa.
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين
Ertinya : "Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani."
FIDYAH - Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 670 gram *nilai semasa*
Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi. Maka dengan itu Islam telah memberikan keringanan (rukshoh) kepada mereka yang tidak boleh berpuasa dengan cara membayar Fidyah iaitu memberikan secupak beras kepada orang fakir miskin. Begitu juga kepada orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki berpuasa dan juga WAJIB memberikan secupak beras kepada fakir miskin. Begitu juga pada tahun seterusnya. Fidyah akan naik setiap tahun selagi mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya.
Kadar Fidyah.
1 hari = 1 cupak beras (denda)
1 cupak = 1 mud
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa, dibahagikan 4
RM............./4 = RM.............
Fidyah Tanpa Gandaan.
Tidak wajib qada puasa dan wajib bayar fidyah pada tahun tersebut. Contohnya orang yang tidak boleh puasa ialah seperti orang tua yang uzur yang tiada kemampuan untuk puasa, orang yang mempunyai penyakit yang tidak boleh berpuasa dan seumpamanya.
Pengiraan Fidyah Tanpa Ganjaran.
CONTOH - Seseorang itu meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :
15 (Jumlah hari puasa yang ditinggalkan)
x 5 (Jumlah tahun yang tidak diganti puasa)
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa)
Fidyah Dengan Gandaan.
Wajib Qada puasa dan wajib bayar fidyah. CONTOHNYA :
Orang meninggalkan puasa kerana uzur syar’ie ataupun dengan sengaja.
Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang takut akan kesihatan anaknya atau takut akan kesihatan dirinya dan janinnya.
Pengiraan Fidyah Dengan Gandaan.
Seseorang meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :
15 (Jumlah puasa ditinggalkan)
x 15 (Jumlah gandaan bagi 5 tahun)
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa)
x 1/4 = RM 421.90
Jadual Kiraan Gandaan Puasa.
No comments :
Post a Comment