HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Jemput-Jemput Udang


- 29 Julai 2013 -

Resepi : tyara NY
Kategori : Snek | Kuih
Saiz hidangan : 3-4 orang

Sinopsis : Teringin nak makan cucur udang tapi makcik yang jual kuih tu tak meniaga pulak hari ni (",) Buat sendiri la jawabnya. Singgah kedai runcit beli bahan. Balik rumah Google resepi - aisehhh ada bahan yang tak cukup. Pandai-pandai modified  la jawabnya. Caranya tukarkan rupa bentuk cucur udang kepada cekodok! Dah tukar rupa bentuk, namanya pun tukar jugak la jadi Jemput-Jemput Udang *hehehe* Ideanya kombinasi dari resepi cucur udang sebenar dan cekodok ikan bilis. Heee! Menjadi + ada la rasa iras-iras cucur udang. Rasa pun sedap om nom nom!



- Bahan-Bahan-

*Tepung gandum - 500gm
*Ubi kentang - 2 cawan (potong dadu)
*Isi Udang - 1 ½ cawan (cincang halus)
*Janggut udang - dari 1 ½ cawan udang
*Lobak merah - 1 cawan (hiris halus)
*Daun sup - 1 cawan (hiris halus)
*Bawang besar - 1 cawan (hiris halus)
*Telur - 2 biji
*Garam - secukupnya
*Minyak masak - secukupnya

- Cara Membuat -

1. Rebus ubi kentang sehingga empuk - angkat dan toskan.
2. Masukkan tepung gandum dan telur dalam bekas - gaul sebati.
3. Tuangkan air rebusan air kentang sedikit demi sedikit - bancuh hingga adunan likat.
4. Masukkan isi udang, janggut udang, lobak merah, daun sup, ubi kentang dan garam - gaul sebati.
5. Kaup sesudu adunan dan goreng hingga garing - SIAP!



Nota : Bahan-bahan yang satu cawan tu = potong bahan dan dapatkan sukatan 1 cawan. Ubi kentang tu potong dadu dulu baru rebus. Isi udang tu boleh tambah lagi kalau nak lebih rasa udang. Janggut udang tu buatkan cekodok rasa rangup *krup krap krup krap* bila dikunyah. Lobak merah tu pengganti tauge, daun sup pulak pengganti daun kucai dalam resepi asal cucur udang. Kalau nak gebu/lembut lagi, tambah telur dalam adunan. Selamat mencuba!


No comments :

;