- 27 Julai 2013 -
Resepi : tyara NY
Kategori : Udang
Sub Kategori : Lauk Pauk | Sambal
Saiz Hidangan : Untuk 2-3 orang
Saiz Hidangan : Untuk 2-3 orang
Sipnopsis : Minggu gila petai! Selang sehari atau dua, Aku akan masak petai (x_x) Sungguh-sungguh la makan petai. Bukan Aku je, Mr Hubby pun sama. Kalau Mr. Hubby, makan nasi + petai + telur dadar + kicap pun dah cukup menyelerakan bagi dia. Memang petai favorite kami terutama Mr. Hubby. Semalam Aku masak sambal bilis petai, hari ni Mr. Hubby beli udang dan minta Aku masak Sambal Udang Petai pula. Petai la lagi! Bila masak sambal udang petai ni, teringat adik Aku - Adam. Dia selalu request kalau Aku yang memasak bila kami adik beradik berkumpul. Heee!
- Bahan-Bahan -
*Udang - ½ kg
*Bahan Tumis - seckupnya [ditumbuk lumat]
*Bahan Tumis - seckupnya [ditumbuk lumat]
*Cili Padi - ½ cawan [ditumbuk lumat]
*Serbuk Cili - 6 sudu besar [bancuh dengan air]
*Petai - 1 cawan
*Asam Keping - 2 keping
*Asam Keping - 2 keping
*Minyak Masak - secukupnya
*Garam - secukupnya
*Sedikit Air Masak
- Cara Membuat -
1. Panaskan minyak. Goreng bahan tumis hingga naik bau dan garing.
2. Masukkan cili padi dan bancuhan serbuk cili, tumis hingga cili betul-betul masak.
3. Masukkan petai dan asam keping - goreng seketika hingga dengan api perlahan.
4. Masukkan udang, sedikit air - renih udang sehingga masak.
5. Akhir sekali masukkan garam dan kacau rata. SIAP!
2. Masukkan cili padi dan bancuhan serbuk cili, tumis hingga cili betul-betul masak.
3. Masukkan petai dan asam keping - goreng seketika hingga dengan api perlahan.
4. Masukkan udang, sedikit air - renih udang sehingga masak.
5. Akhir sekali masukkan garam dan kacau rata. SIAP!
Nota : Resepi ni lebih kurang macam sambal bilis petai. Bezanya dalam resepi sambal ni ada tambahan bahan iaitu serbuk cili. Tentang serbuk cili tu, kalau nak sedap guna la cili kering atau cili merah. Cili boh pun boleh juga. Motif cili tu untuk dapatkan warna merah je. Aku guna serbuk cili sebab CEPAT dan MUDAH selain ia juga memberikan rasa berempah. Kalau ikut resepi simple Aku ni, rasanya pedas-pedas berempah. Selamat mencuba!
No comments :
Post a Comment