HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Sup Ayam Pak Ngah


- 6 Ogos 2013 -

Resepi : Pak Ngah
Kategori : Lauk Pauk | Ayam | Sup
Saiz hidangan : 4-5 orang

Sinopsis : Bila masak sup ayam ni teringat Aidilfitri bertahun dulu. Dari satu rumah ke satu rumah yang dikunjungi, kami dihidangkan menu lazim sempena Aidilfitri yakni ketupat, lemang, rendang dan yang sewaktu dengannya. Sampai la di rumah Pak Ngah, yang kebetulan sedang makan tengahari. Maka kami dihidangkan dengan menu makan tengahari plus  menu Aidilfitri. Tapi tak ada siapa pun yang sentuh lemang ketupat rendang bagai tu sebab semua lapar nasi! *hehehe* Lauk semua sedap-sedap wooo.. Terutama sup ayam. Tanya-tanya, akhirnya Aku dapat resepi sup ayam Pak Ngah. Sejak tu boleh dikatakan hari-hari Aku buatkan sup ayam Pak Ngah untuk campur dalam bubur nasi Armand. Dari baby sampai sekarang sup ayam ni masih lagi menjadi menu kegemaran Armand.



- Bahan-Bahan -

*Ayam - 1 ekor
*Ubi kentang - 3 biji
*Bahan tumis - secekupnya
*Sup bunjut - 1 pek
*Halia - 1½cm (diketuk)
*Lada hitam - 3 camb (dikisar)
*Kulit kayu manis - secukupnya
*Bunga lawang - secukupnya
*Buah pelaga - secukupnya
*Bunga cengkih - secekupnya
*Daun sup - 1 ikat
*Daun bawang - 1 ikat
*Garam - secukupnya


- Cara Memasak -

1. Didihkan 1 liter air dalam periuk
2. Masukkan bahan tumis, lada hitam dan sup bunjut - renih hingga naik bau.
3. Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan ubi kentang.
4. Renih dengan api perlahan sehingga ubi kentang lembut.
5. Masukkan ayam  dan renih lagi sehingga ayam masak.
6. Masukkan garam, daun sup, daun bawang - kacau rata - SIAP!


Nota : Proses memasak adalah merenih yakni dengan api kecil/ perlahan. Terpulang. Aku suka masak dengan cara renih supaya semua bahan tumis dan rempah meresap ke dalam ubi kentang dan ayam. Juga supaya ubi kentang/ ayam empuk dan lembut. Kalau nak kuah pekat, lebihkan ubi kentang dan lecekkan beberapa ketul kemudian masukkan ke dalam sup. Macam biasa kalau nak pedas tambahkan je cili padi.


No comments :

;