HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Tips Untuk Anak Oleh Prof. Dr. Muhaya


- 29 Ogos 2013 -

#copypaste

On Facebook *scroll scroll scroll* Terhenti pada satu perkongsian seorang kawan. Sebaik baca Aku terus teringatkan Armand. Armand juga baca info yang sama dan terus tunjuk pada Aku sambil meminta "Mama.. Cuba Mama baca ni. Boleh tak Mama buatkan kat Armand..? Malam ni Mama buat ye.." Terasa nak balik kampung bila terbaca artikel oleh Prof Muhaya tu lagi. OK la Aku kongsikan info/ tips tu di blog ni untuk rujukan sendiri  kelak dan kepada semua pembaca. Aku copy paste  artikel asal dan olah dengan cara penulisan sendiri. MOGA BERMANFAAT.



10 Tips Untuk Ibubapa Kepada Anak.

#JomAmalKan!

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan surah Al-Fatihah. Sampai ke ayat "IYYAKANAKBUDU WAIYYAKANASTAIN" - ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya kepada Mu kami mohon pertolongan" , mintalah apa-apa hajat semasa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu. Habiskan bacaan surah Al-Fatihah dan doakan semoga anak kita diberikan kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajah anak ketika dia tidur dan ucapkan "MAMA NAK EMIR ARMAND JADI ANAK YANG SOLEH SAYANG...!" Cubalah amalkan (ustaz kata ini kita bercakap dengan rohnya) Dan ucapan ini adalah DOA. Subhanallah, Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

3. Sewaktu bangun solat malam, lakukan solat hajat disisi anak. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan juga SELALU BERITAHU DIA YANG KITA SERING DOAKANNYA, DIA AKAN RASA SATU IKATAN KASIH SAYANG YANG HAKIKI, yang kita amat sayangkan dia dan mahu dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di alam barzakh nanti *aku tak berapa okey dengan cara ni*

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita pada setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati. Muhasabah diri, mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.

7. Yang paling penting JAGA TUTUR KATA KITA. Jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita 'TER..' kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita. Dan kita marah kerana dia buat silap, bukan bermaksud membencinya. Ceritalah buat macam drama pun boleh.

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat - "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak ada guna pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik, beritahu padanya "Allah tak sayang, manusia tak suka"

10. Sewaktu membasuh beras niatkan "Ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku *sebut nama anak* untuk faham agamanya, sebagaimana Engkau lembutkan beras ini menjadi nasi" (Kenapa kita mahu anak faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka). Kemudian basuh beras arah lawan jam (macam orang tawaf) sambil selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Masa buat kerja ini hati jangan lalai, dan ingat kepada Allah selalu - via FB Prof Dr Muhaya.


No comments :

;