- 19 Januari 2014 -
Resepi : Emir Armand
Kategori : Minuman | Pencuci Mulut
Saiz Hidangan : 2-3 orang
Resepi : Emir Armand
Kategori : Minuman | Pencuci Mulut
Saiz Hidangan : 2-3 orang
Pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.
Choyyy terpantun la pulak! Hoho. OK pokok pisang kat belakang rumah berbuah-buah! Yang dah ditebang bertandan-tandan, tu belum yang tergantung atas pokok lagi tu! Kalau Mak ada, habis dileceknya pisang tu dan simpan buat stok. Bila-bila boleh buat cekodok pisang. Atau bila ada aktiviti surau je Mak akan pelbagaikan masakan menggunakan pisang dan sedekahkan. Tapi cekodok pisang wajib kena ada *huhuhu* Itu kalau Mak ada la.. Kalau Aku krik krik krik la jawapnya (-,-)"
Dalam krik krik krik tu Armand dapat idea nak buat Milkshake. OK! Walaupun menu tu meluakkan pisang yang ada punnn - heee! Kali ni Armand yang 'masak'. Resepi dia katanya. Mama jangan kacau, kata dia.. Makanya Aku perhatikan je la Armand buat sambil bagi instruction. Hasilnya? "Fuiyooo Ma, sedapnya! Macam makan kat hotel punya! Sedap milkshake Armand buat ni..." Huhuhu Armand puji diri sendiri, sambil suapkan sesudu Milkshake. Betul la, memang sedap! *curious kottt* Pandai anakku 'masak' eh?
- Bahan-bahan -
*Susu coklat - 1 cawan
*Air masak - ½ cawan
*Pisang - 2 nos
*Serbuk koko - 3 camt
*Esen vanila - ½ penutup
*Gula - 3 camb
*Ais kiub - 2 cawan
- Cara Membuat -
1. Masukkan semua bahan dalam blender - kisar sampai hancur. SIAP!
Nota : Dalam imaginasi Aku; kalau ada whipped cream mesti lagi weee! kan? Lepas tu curahkan pulak sos coklat.. Pergghhh! Itu imaginasi Aku je la. Imaginasi je pasal benda ta ada. Kalau boleh la picit whipped cream, curahkan sos coklat (",) OK la, nak Google resepi milkshake, nak tengok macam mana sebenarnya buat milkshake.
2 comments :
blend biasa ke blend khas utk ais? leh la try.. tak penah lagi buat milshake sndiri you.. hahaha...
Bila teringat + teringin + free cuba la buat (^_^) Kita guna blender yang khas untuk ais. Alaaa blender biasa je pun boleh, tapi jangan letak ais sekaligus takut blender retak/ pecah...
Post a Comment