Nak pelihara Sugar Glider?
Apa perkara/keperluan asas yang perlu ada?
OK, disini Aku kongsikan info berkaitan untuk mereka
yang ingin menjadikan Sugar Glider atau suggies sebagai haiwan peliharaan.
Keperluan/perkara asas yang perlu ada untuk membela suggies :

1) Pengetahuan Asas Tentang Sugar Glider : Pengetahuan asas merangkumi informasi mengenai tabiat pemakanan, senarai makanan yang selamat, cara untuk bonding, ilmu tentang penyakit-penyakit lazim yang dihidapi serta akses informasi kepada alamat pakar veterinar haiwan yang arif mengenai Sugar Glider untuk rawatan penyakit dan pemeriksaan berkala. Ianya juga berguna untuk mengetahui senarai doktor haiwan yang pakar tentang Sugar Glider sekiranya berlaku apa-apa kecemasan pada si kecil anda.
2) Sugar Glider Yang Sihat : Sugar Glider yang sihat adalah faktor yang penting bagi memastikan jangka hayat yang panjang dan keselesaan untuk si kecil anda. Sugar Glider lazimnya pandai menyembunyikan masalah kesihatan mereka, sehinggalah ianya menjadi kronik dan kemudiannya dikesan oleh pemilik mereka. Jika ianya dikenal pasti terlalu lambat, kondisi suggies akan bertambah kronik dan sukar diubati. Adalah PENTING untuk mengenal pasti suggies yang sudah berusia 2 bulan lebih. Suggies yang terlalu muda, sekiranya dipisahkan dari ibunya sebelum putus susu boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan untuknya. Ini kerana anak suggies memerlukan zat dan antibodi yang disalurkan melalui penyusian ibunya. Risiko kematian terhadap anak suggies mungkin berlaku jika ia dipisahkan sebelum tamat tempoh 'weaning' atau penyusuan.
3) Sangkar : Sangkar yang sesuai untuk suggies adalah dengan ketinggian sekurang-kurangnya 3 kaki. Ini kerana habitat asal suggies adalah hutan liar yang membolehkan mereka menggelongsor dari pokok ke pokok *sejauh 150m!* Dengan ketinggian sangkar minimum 3 kaki akan memberikan ruang untuk suggies bergerak dan bermain dengan bebas. Sesekali atau sebaiknya selang sehari, biarkan suggies bermain di ruang besar seperti di dalam bilik atau dalam kelambu sebagai aktiviti senaman suggies. Kebiasaannya suggies tidur pada sebahagian waktu petang dan aktif pada waktu malam (suasana gelap).
4) Bonding Pouch : adalah satu 'alat' untuk menjinakkan suggies. Ini kerana semua anak suggies atau Joeys yang baru dibeli/diterima adalah liar. Tiada spesis Joeys yang jinak apabila sebaik dilahirkan atau bertukar tuan. Jika jinak pun samada Joeys tersebut sudah terbiasa dengan interaksi manusia atau selesa dengan bau kita.
5) Bekas Makanan & Minuman : Lumrahnya suggies sukakan ketinggian kerana habitat asalnya yang tinggal di atas pokok. Kesesuaian meletakkan bekas makanan hendaklah di tempat yang tinggi juga, yakni di bahagian atas sangkar. Begitu juga denga sleeping pouch yang turut digantung pada tempat yang tinggi. Manakala untuk bekas minuman pula hendaklah meletakkan sekurang-kurangnya 2 botol didalam sangkar. PASTIKAN suggies anda tahu/pandai menggunakan botol minuman. PANTAU, dan sekiranya suggies tidak pandai menggunakan botol tersebut untuk minum, berikan bantuan. Juga sentiasa periksa kandungan air dalam botol sekurang-kurangnya setiap 2 hari bagii mengelakkan dehidrasi berlaku kepada suggies.
6) Diet Utama Sugar Glider : Di Malaysia, diet khas yang disarankan untuk suggies adalah HPW (High Protien Wombaro). Juga yang lain seperti Sugar Glider Syrup. Selain dari 2 jenama ini tidak digalakkan diberi kepada suggies kerana isi kandungan dan kredibiliti yang tidak diakui oleh pakar veterinari Sugar Glider. Diet utama ini adalah WAJIB kerana suggies memerlukan kadar protien yang tinggi iaitu 70% dan selebihnya dari buah-buahan dan sayuran. Juga treats sebagai snek yang digunakan dalam proses menjinakkan suggies.
Okey! Itu la perkara/keperluan asas sebelum menjadikan Sugar Glider sebagai haiwan peliharaan. Sebelum beli suggies pastikan anda memberli keperluan asas seperti sangkar, bekas minuman, bekas makanan, sleeping pouch, makanan serta minuman suggies terlebih dahulu. Dapatkan juga serba sedikit info berkaitan penjagaan suggies sebagai rujukan setelah memiliki Sugar Glider.

No comments :
Post a Comment