HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Armand & Pertandingan Catur Terbuka Langkawi 2014


- 15 April 2014 -

Assalamualaikum & Salam Mesra.




Seperti yang Aku nyatakan pada entri sebelum ni *link* Armand akan sertai pertandingan catur. OK. Pada 12 & 13 April yang lalu, Armand sertai Pertandingan Catur Terbuka Langkawi 2014. Tahun 2014 adalah tahun ke-2, kali ke-2 pertandingan ini diadakan. Dan ini adalah kali pertama Armand sertai pertandingan catur ni. Pengalaman pertama Armand sertai acara yang besar (",)

Peserta yang bertanding dalam Pertandingan Catur Langkawi 2014 ni bukan la calang-calang orang. Antara peserta hebat yang turut bertanding ialah International Master Chess, Malaysia Master Chess, serta peserta bawah 18 tahun yang mewakili sekolah, sehingga ke pringkat negeri, seterusnya ke peringkat kebangsaan. Itulah saingan Armand dan beberapa peserta yang baru berjinak-jinak dengan catur.


Pairing pertama Armand - Musa dari Family Chess University (FCU).
En. Musa ni pemain catur kebangsaan.

Sewaktu pertandingan.

Sewaktu pertandingan.

Sewaktu pertandingan.

Ni sebab ada gambar Aku je (-,-)"
*nak menyelit jugak!*

Terima kasih + KREDIT kepada Langkawi Story untuk gambar-gambar yang Aku kongsikan di blog ini. Heee! Ada juga gambar kenangan untuk Armand. OK - Armand tak menang sebarang kategori pun. Sedih dan kecewa dia. Pada awalnya Aku berkira-kira Armand berpeluang memenangi satu kategori iaitu bawah 12 tahun, tapi pesaing bawah 12 tahun pun bukan calang-calang orangnya. 90% peserta adalah permain yang mempunyai rating kebangsaan/ antarabangsa (",)

OK. Tak mengapa. Ada kebaikan lain disitu. Menyertai pertandingan catur ini adalah pendedahan & pengalaman berharga buat Armand - bermain dalam acara 'International Rating Event', berpeluang berjumpa dan berkenalan seterusnya mencabar pemain-pemain handal. Berdikari dan menyesuaikan diri dalam acara yang bertaraf antrabangsa. Pengalaman semua tu kan? Menang atau kalah tu adat bertanding la. Armand perlu banyak berlatih untuk meletakkan diri setaraf dengan pemain handal. 

"Apapun Mama bangga dengan Armand (^_^) Tidak takut untuk menyertai acara besar begitu. Mampu membawa diri dan menyesuaikan diri dengan persekitaran tanpa Mama perlu 'melekat' dengan dia setiap masa. Boleh bergaul dengan orang di sekeliling tanpa mengira usia. Berani berdepan dengan cabaran dan bersemangat berjuang hingga ke akhir walaupun kemenangan tidak berpihak kepadanya. Walaupun tidak menduduki rating 10 terbaik, hanya dikedudukan ke-47, Armand tak putus asa dan mahu bertanding lagi. MAMA BANGGA DENGAN ARMAND. Insha Allah tahun depan boleh bertanding lagi untuk mendapatkan kedudukan & rating terbaik dalam Chess Result"

No comments :

;