- 9 April 2014 -
Resepi : tyara NY
Kategori : Lauk Pauk
Sub Kategori : Ayam
Saiz Hidangan : untuk 1-2 orang
Sinopsis : Nak masak, tiba-tiba Armand bertanya "Mama, hari ni Mama nak masak apa?" Haaa nak request la tu (",) "Armand nak makan apa?" Aku jawab soalan Armand dengan soalan. "Boleh tak Mama buat Ayam Halia. Armand tengok Chef Kamarul masak dalam cerita Jemput Masak Chef tadi macam sedap je. Boleh tak Ma?..." Heee! Tu dia penangan rancangan masakan. "Kalau masa tengok tadi bagitau boleh juga Mama salin resepi kat tv tu. Ni Mama buat style Mama je la ye.." Setuju.
- Bahan-Bahan -
* Ayam - 4 ketul
* Ubi Kentang - 1 biji
* Bahan Tumis - secukupnya
* Halia - 3cm [hiris halus]
* Cili Kering - 3 biji [potong kecil]
* Sos Tiram - 1 camb
* Madu - 1 camb
* Tepung Jagung - 1 camt
* Garam - sucukupnya
* Air - secukupnya
* Ubi Kentang - 1 biji
* Bahan Tumis - secukupnya
* Halia - 3cm [hiris halus]
* Cili Kering - 3 biji [potong kecil]
* Sos Tiram - 1 camb
* Madu - 1 camb
* Tepung Jagung - 1 camt
* Garam - sucukupnya
* Air - secukupnya
- Cara Membuat -
1. Panaskan minyak. Goreng bahan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan halia, cili kering dan sos tiram - masak seketika.
3. Masukkan ubi kentang dan 1 cawan air - masak seketika/ sehingga kentang separuh masak.
4. Masukkan ayam dan madu - renih sehingga ayam masak.
5. Masukkan madu dan garam - gaul sebati.
6. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan 1/2 cawan air - kacau rata.
7. Renih seketika sehingga kuah sedikit likat - SIAP!

Nota : Senang je kan? Simple je kan style Aku? Sedap kata Armand - Alhamdulillah. Tapi Aku ingin nak cuba resepi Chef Kamarul. Nak google dulu (o.o) OK Ayam Halia ni tak pedas sebab memang khas untuk Armand. Kalau nak pedas boleh tambah cili padi. Kentang tu boleh tukar/tambah dengan kobis bunga ke, brokoli ke, asparagus ke, kacang pea ke - ikut la citarasa sendiri. Aku guna apa bahan yang ada je. Heee!
No comments :
Post a Comment