HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Hamlet Pergi Tinggalkan Anak-Anak


- 1 April 2014 -


2 bulan lepas, Hamlet dalam keadaan bunting. Sarat. Kini anak Hamlet dah berusia sebulan. Baru keluar dari kantung Hamlet. Masih kecil. Masih bergantung kepada susu Hamlet untuk terus membesar. Entah kenapa beberapa minggu lepas Hamlet nampak lain macam. Emak kata Hamlet tak makan walaupun makanan yang diberi adalah kegemarannya. Aku tak ambil kisah bila Emak beritahu. Tumpuan Aku lebih kepada Aiden – Sugar Glider yang Emak beli di KL sebulan lalu.

2 minggu lepas, Emak beritahu Hamlet semakin kurang makan. Dari mata kasar Aku nampak Hamlet OK, masih dalam keadaan baik. Aku tetap tak ‘jenguk’ Hamlet. Masih lebihkan Aiden. Aku lebih kesiankan Aiden kerana sewaktu Emak beli Aiden masih kecil, tak terurus, terbiar di dalam sangkar kedai. Yang lebih buat Aku kesian pada Aiden sebab dia tak berapa nak pandai makan sendiri lagi, tak menyusu seperti sepatutnya, dan paling sedih Airen yang dibeli bersama Aiden mati selepas seminggu bersama kami. Aiden kesunyian. Sebab tu Aku lebihkan Aiden.

Sebelum Emak balik KL hari Khamis lepas, Hamlet masih nampak OK lagi. Di ketiadaan Emak, Aku la yang akan mengambil alih menjaga semua suggies. OK, Aku mula nampak kelainan pada Hamlet. Bila nampak Aku je dia akan bergantung pada pintu sangkar. Pandang Aku pun sayu je. Semalam, Bila Aku hulurkan tangan masukkan makanan dalam sangkar, dia bertenggek pada tangan Aku, sedangkan yang lain berebut tuju makanan. Aku keluarkan Hamlet. Belai-belai dia. Tapi dia langsung tak berpusing atau bergerak aktif macam biasa. Dia pandang je Aku. Seolah-olah nak bercakap dengan Aku. Belek badan dia kot dia sakit sebab luka. Tak ada. Kenapa dengan Hamlet? Aku suapkan makanan, dia makan. Perlahan.

Pagi ni Aku tengok Hamlet santai atas lantai sangkar. Pelik. Aku biarkan dulu. Siapkan dan hantar Armand ke sekolah. Sampai rumah Aku terus tengok Hamlet. Anak-anak Hamlet meraban! Hamlet buat derkkk je dengan anak-anak dia. Aku ingatkan Hamlet dah mati, bila diangkat nampak perutnya kembang kempis bernafas. Panik sekejap. Blur. Aku minta pendapat komuniti SGM. Terus pergi veterinar. Result? Hampa *nanti Aku ceritakan pada entri setersnya* Hamlet mati di tapak tangan Aku sebelum sempat dirawat, semasa menunggu giliran. OK bye!


No comments :

;