- 3 April 2014 -
Pertama kali Sugar Glider kami jatuh sakit! Bukan Hamlet saja yang mati malah 2 ekor anak Hamlet turut menyusul selepas beberapa jam Hamlet mati (⌣́_⌣̀) So Aku nak kongsi pengalaman ni dengan umum terutamanya kepada pemilik Sugar Glider sebagai rujukan dan panduan bersama.
Bahasa Badan Sugar Glider Yang Sakit
Dari sumber
yang Aku perolehi, Sugar Glider bijak menyembunyikan penyakit mereka sehinggalah
ia dalam keadaan yang sangat sakit dan hampir mati. Sugar Glider memiliki 'wild instinct' yang mana jika di habitat
asal mereka, jika jatuh sakit mereka akan disingkirkan oleh koloni mereka
supaya Sugar Glider yang sakit tidak menarik haiwan pemangsa lain. Oleh itu Sugar Glider yang sakit tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia sedang sakit
sehinggalah ia tidak mampu menyembunyikan kesakitannya lagi.
Oleh kerana
ini adalah kecenderungan semulajadi Sugar Glider apabila sakit, adalah penting
kita sebagai sahabat *pemilik* untuk mengetahui personaliti Sugar Glider supaya mudah mengesan perubahan/ kelaianan
tingkah lakunya. Itu mungkin adalah petunjuk Sugar Glider sedang sakit. Semakin
baik kita mengenali dan tahu tentang mood,
sikap dan kebiasaan mereka, semakin mudah untuk kita mengesan perubahan atau
sesuatu yang tidak kena dengan mereka.
HAMLET : 2
minggu *lebih kurang 18 hari* sebelum Hamlet mati, tiada sebarang perubahan
ketara padanya kecuali kurang makan walaupun diberi makanan kegemarannya. Anehnya
hanya Hamlet saja yang kurang makan sedangkan Sugar Glider lain menikmati apa
saja makanan yang diberikan. Kami menganggap mungkin Hamlet jemu dengan makanan
yang diberikan dan kemudiannya menukar menu lain untuk semua Sugar Glider. Tapi
Hamlet masih juga kurang makan dan adakalanya langsung tak makan. Dia sekadar
menjilat makanan yang diberi kemudian tinggalkan.
3 hari
sebelum Hamlet mati mukanya membengkak. Memang Aku noticed tentang bengkak tu dan sangka bengkak tu akibat digigit
semut. Aku bersihkan sangkar. Aku fikir bengkak pada muka Sugar Glider akan surut. Malangnya... hari ke-3 Hamlet tiba-tiba nampak terlalu lemah. Pada masa ni baru
Aku tahu Hamlet sebenarnya sakit, bukan digigit semut. Kenapa muka Hamlet bengkak?
Apa penyakit sebenarnya?
Muka Hamlet bengkak bukanlah
seperti yang Aku sangkakan tetapi ia adalah kerana jangkitan pada rahang atau kerosakan gigi atau jangkitan
sinus. Ketiga-tiga jangkitan ini membuatkan muka Sugar Glider
membengkak dan seterusnya menyekat rongga hidung yang menyebabkan masalah
pernafasan. Selain itu, ia boleh pecah dan menyebabkan sinus yang serius.
Punca Muka Sugar Glider Bengkak & Rawatan.
Muka Sugar Glider yang bengkak
mungkin berpunca dari akibat berlawan *persaingan* jika ia berada dalam satu sangkar dengan beberapa ekor Sugar Glider, atau berpunca daripada sejenis jangkitan
rahang/ nanah pada gigi ataupun kedua-duanya sekali. Rawatan? Tiada ‘home remedy’ untuk merawat masalah muka
bengkak ini kecuali dengan membawa Sugar Glider kepada veterinar untuk dirawat.
Sesetengah jangkitan boleh dirawat dengan antibiotik atau gigi Sugar Glider akan diekstrak. Bengkak pada muka Sugar Glider adalah suatu yang serius
dan perlukan perhatian serta rawatan vet dengan segera! Kelewatan menerima rawatan akan menyebabkan jangkitan masuk ke
dalam saluran darah dan pecah dan menyebabkan kematian.
No comments :
Post a Comment