HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Rombongan Sekolah Pertama EA


- 3 Mei 2014 -

Assalamualaikum & Salam Mesra.

Heee! Kembali semula ke Pulau setelah 2 minggu berada di KL. Pada hari Aku terbang ke Pulau, Armand pula telah meninggalkan Pulau kerana mengikuti rombongan sekolah LAWATAN MOTIVASI KE SEKOLAH PINTAR di Pantai Timur selama 4 hari. Armand adalah antara 30 murid tahun 6 yang terpilih untuk mengikuti lawatan motivasi tu berdasarkan keputusan UIJAN PENANDA ARAS yang cemerlang.

Alhamdulillah Armand selamat pergi dan kembali. Sekembalinya dari lawatan dia teruja ceritakan pengalaman bersama rombongan ke tempat-tempat yang dilawati. Tak lupa juga buah tangan dan cenderamata untuk Mama dan Nenek. Siap sebut harga lagi (",) OK, walaupun Mama tak turut serta dalam 'percutian' tu, Mama tetap gembira bila Armand gembira! Mama abadikan kenangan tu di blog ni untuk kenangan kita bersama. .


Gambar Bersama Kawan-Kawan






Antara Lokasi Lawatan









No comments :

;