HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Kek Ciskut


- 9 Jun 2014 -

Resepi Asal : Marliyana Mk
Olahan : tyara NY
Kategori : Bakeri
Sub Kategori : Kek | Kek Keju
Saiz Hidangan : untuk 3-4 orang

Assalamualaikum & Salam Mesra.

Sinopsis : Ciskut? Ciskut tu cheese cake ke? Eh bukan? Baru Aku tau ‘ciskut’ tu adalah perkataan yang telah di Melayukan dari perkataan asalnya bahasa Inggeris iaitu ‘cheesecuits’. Secara kebetulan tahu  bila seorang kawan post gambar ciskut di FB *curious* Aku Google, OK ciskut ni rupanya lebih kurang sama macam Kek Keju Oreo Tanpa Bakar yang Aku buat sebelum ni. Ia dipanggil ciskut kerana menggunakan biskut sebagai ganti adunan bater dalam cheese cake. OK untuk resepi Kek Ciskut Aku rujuk resepi dari Marliana Mk dengan sedikit olahan. Memang cepat, mudah dan sedap! Boleh buat banyak-banyak untuk dijadikan snek pada bila-bila masa (*_^)



Bahan-Bahan -

* Cream Cheese - 250gm
* Susu Pekat Manis - 1/2 tin
* Susu UHT - secukupnya
* Biskut Hup Seng - 1 pek
* Blueberry Filling - secukupnya


Cara Membuat -

1. Pukul cream cheese dengan susu pekat manis hingga sebati - ketepikan.

2. Patah-patahkan biskut dan curahkan susu UHT untuk lembutkan biskut.

3. Masukkan biskut ke dalam bekas sebagai lapisan pertama.

4. Tuangkan campuran cream cheese atas biskut sebagai lapisan ke-2 - ratakan.

5. Curahkan sedikit blueberry filling. Ulang langkah no. 3 sampai 5.

6. Sejukkan beberapa jam dalam chiller sebelum makan. SIAP!




Nota : Dari hasil perkongsian maya, ramai yang mencadangkan biskut jenama Hup Seng berbanding jenama lain. Sebab biskut jenama Hup Seng ni ada rasa sedikit masin dan  lemak manis berbanding biskut kering jenama lain. Makan macam tu je pun sedap. Cream cheese Aku guna jenama Tartura. Ada juga yang guna jenama Philadelphia. Lain kali buat lagi Aku nak guna jenama Philadelphia pula. Nak tau perbezaan antara dua cream cheese ni. Resepi asal ada Nestum. Tapi Aku tukarkan Nestum dengan filling untuk mengurangkan rasa biskut yang ketara. Tak ada la rasa macam makan biskut yang ditambah keju je kan? OK itu je. Ada beberapa lagi resepi berasaskan biskut yang menarik perhatian Aku. Dah bikin nanti insha Allah Aku kongsikan (^_^)

No comments :

;