- 12 Jun 2014 -
Resepi Asal : Damai Qalbu
Olahan : tyara NY
Olahan : tyara NY
Kategori : Pasta
Sub Kategori : Spagethi
Saiz Hidangan : untuk 3-4 orang
Assalamualaikum & Salam Mesra.
Sinopsis
: Permintaan Armand. Teringin katanya. Siap bagitau kawan-kawan nanti Mama nak
buat spagethi (-,-) Dan-dan juga kawan-kawan dia nak tumpang sekaki a.k.a tempah.
OK juga tu kan? Idea tuuu! OK untuk kali ni Aku nak buat resepi spagethi yang
simple jeee. Yang tak banyak bahan, tak renyah membuatnya dan SENANG. Nak guna
bahan apa yang ada jeee, tak nak beli-beli. Dengan merujuk resepi Damai Qalbu,
Aku tolak tambah bahan-bahan mengikut citarasa kami dan masak dengan cara yang
sedikit berbeza. Alhamdulillah menjadi, Armand suka dan respon sedappp! Tapi
kan, Aku teringat spagethi yang adik Aku Adam masak masa Aidilfitri, pun
sedappp juga. Hhmmm. . Ada masa Aku menuntut dengan dia (*_^)
- Bahan-Bahan -
* Pasta Angel Hair - 1 paket (500gm)
* Bahan Tumis - secukupnya
* Daging Cincang - 1kg
* Tomato Puri - 1 tin (250gm)
* Sos Tomato - 1 cawan
* Lobak Merah - 1 cawan (potong dadu)
* Cendawan Butang - ½ cawan
* Susu UHT - 1 cawan
* Herba - 1 camb
* Garam - secukupnya
* Air - secukupnya
* Bahan Tumis - secukupnya
* Daging Cincang - 1kg
* Tomato Puri - 1 tin (250gm)
* Sos Tomato - 1 cawan
* Lobak Merah - 1 cawan (potong dadu)
* Cendawan Butang - ½ cawan
* Susu UHT - 1 cawan
* Herba - 1 camb
* Garam - secukupnya
* Air - secukupnya
- Cara Membuat Sos -
1. Rebus spagethi dengan sedikit minyak hingga lembut - toskan.
2. Goreng bahan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan tomato puri dan sos tomato - masak seketika.
4. Masukkan susu UHT dan daging kisar - renih atas api perlahan hingga daging masak.
5. Masukkan lobak merah dan cendawan butang - masak seketika.
6. Perasakan dengan garam & herba - gaul rata. SIAP.
2. Goreng bahan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan tomato puri dan sos tomato - masak seketika.
4. Masukkan susu UHT dan daging kisar - renih atas api perlahan hingga daging masak.
5. Masukkan lobak merah dan cendawan butang - masak seketika.
6. Perasakan dengan garam & herba - gaul rata. SIAP.
Nota : Untuk pasta, Aku guna 'Angle Hair'. Jangan keliru dengan 'vermicelli' yang saiz halusnya hampir serupa dengan Angle Hair. Masa memasak daging cincang, Aku gunakan api perlahan dan tambah sedikit air mengikut keperluan. Tujuan Aku masukkan sos dulu kerana nak sos tu dimasak lama dan supaya daging serap rasa susu, tomato puri dan sos tomato. OK. Nak sedap lagi, jangan lupa taburkan keju parmesan apabila menikmati spagethi bolognese yeee (*_^)
No comments :
Post a Comment