- 18 Jun 2014 -
Resepi : tyara NY
Kategori : Kek
Sub Kategori : Kek Keju | Kek Coklat | Oreo
Saiz Hidangan : untuk 3-4 orang
Assalamualaikum & Salam Mesra.
Sinopsis
: Cari-cari resepi menarik untuk dicuba. Dan terjumpa la resepi Oreo Cheese Cake
di satu forum. Macam senang jeee, macam best jeee. OK nak cuba buat la (*_^)
Kali ni kami dua beranak sama-sama masak, masing-masing masak satu jenis hidangan.
Aku buat Oreo Cheese Cake, Armand pula nak belajar buat Agar-Agar. OK dengan
merujuk resepi dari forum tu, Aku olah ikut citarasa sendiri, versi sendiri.
Alhamdulillah, menjadi dan sedappp! Terima kasih kepada hamba Allah yang
kongsikan resepi cheese cake yang paling mudah, ringkas dan menarik. Tak dapat
nak bagi kredit pautan sebab terlupa bookmark
(-,-)” OK dari nama asalnya NO BAKE OREO CHEESECAKE Aku Melayukan namanya jadi
KEK KEJU OREO – TANPA BAKAR.
- Bahan-Bahan A -
* Oreo - 1 cawan
* Mentega - ½ cawan
- Bahan-Bahan B -
* Cream Cheese - 500gm
* Gula Kastor - ½ cawan
* Whipping Cream - 1 cawan
* Susu Tepung - 2 camb
* Lemon/Cuka/Limau Nipis - 1 camb
* Esen Vanila - 1 camt
* Oreo - 1 pek
* Mentega - ½ cawan
- Bahan-Bahan B -
* Cream Cheese - 500gm
* Gula Kastor - ½ cawan
* Whipping Cream - 1 cawan
* Susu Tepung - 2 camb
* Lemon/Cuka/Limau Nipis - 1 camb
* Esen Vanila - 1 camt
* Oreo - 1 pek
- Cara Membuat -
1. Hancurkan Oreo *dapatkan sukatan 1 cawan* Cairkan Mentega.
2. Gaulkan Oreo & mentega cair sampai sebati. Masukkan sedikit dalam bekas sebagai dasar - mampatkan.
3. Sejukkan dalam peti ais beberapa jam/ sekurang-kurangnya sejam. Sementara itu;
4. Satukan semua bahan B dan pukul hingga kembang *fluffy*
5. Masukkan Oreo hancur atau beberapa ketul Oreo yang dipatahkan - gaul rata.
6. Masukkan/ tuangkan adunan ke atas dasar yang telah disejukkan - ratakan adunan.
7. Taburkan coklat rice - sejukkan beberapa jam. SIAP!
2. Gaulkan Oreo & mentega cair sampai sebati. Masukkan sedikit dalam bekas sebagai dasar - mampatkan.
3. Sejukkan dalam peti ais beberapa jam/ sekurang-kurangnya sejam. Sementara itu;
4. Satukan semua bahan B dan pukul hingga kembang *fluffy*
5. Masukkan Oreo hancur atau beberapa ketul Oreo yang dipatahkan - gaul rata.
6. Masukkan/ tuangkan adunan ke atas dasar yang telah disejukkan - ratakan adunan.
7. Taburkan coklat rice - sejukkan beberapa jam. SIAP!
Langkah 1 : Hancurkan Oreo |
Langkah 2 : Campurkan Oreo & mentega cair - gaul sebati. |
Langkah 3 : Masukkan sedikit campuran oreo dalam bekas sebagai dasar. |
Langkah 4 : Campur semua bahan B & pukul hingga fluffy. |
Masukkan Oreo hancur/patah ke dalam adunan - gaul rata. |
Tuangkan adunan ke atas dasar yang telah disejukkan - ratakan. |
Taburkan coklat rice sebagai hiasan - sejukkan sebelum makan! |
Nota : Bahan-bahan; untuk keju krim Aku
guna jenama Philadelphia. Krim putar Aku guna jenama Shani. Susu Tepung tak
ada, Aku gantikan dengan Herbal Life Shake (",) Apa yang ada jeee. Oreo Aku guna yang dah siap
hancur punya, ada jual kat pasaraya atau kedai bakeri. Untuk hiasan, terpulang
nak hias dengan apa pun ikut citarasa masing-masing. Aku guna coklat rice atas permintaan Armand yang beria-ia
nak rasmi coklat rice yang belum buka tuuu (",) Kalau nak hias dengan
buah-buahan pun ok, lagi best? Acuan/bekas; ikut la bekas macam mana yang
korang nak guna. Aku guna bekas tupperware je. Senang. Nak makan ambil satu bekas
kecik tu jeee.
Gambar atas ni; 4 bekas ni hak milik Armand. Ni la rupa yang dia
hias. Ada coklat rice,
oreo hancur, biskut Marie. Dah macam-macam rupanya! Setiap satu tu siap ada nama
lagi! Dari kiri Emir Armand > The Circle O > Munchin Brotato > The ★ Sun. Biar laaa.
Imaginasi anak-anak kan? Kreatif (",) OK. Selain dari Kek
Keju Oreo ni, kami ada satu lagi masakan iaitu puding mangga yang Armand buat.
Sedappp! Nak resepi? Alaaa resepinya beli je yang segera tuuu! *huhuhu* Pandai
anakku buat puding (^_^)
No comments :
Post a Comment