HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Oreo Truffles


- 15 Jun 2014 -

Kategori : Snek
Sub Kategori : Keju | Cokklat | Oreo
Saiz Hidangan : untuk 3-4 orang

Assalamualaikum & Salam Mesra.

Sinopsis : PENGARUH PERKONGSIAN FB lagi! Kali ni Aku nak cuba resepi Oreo Truffles pulak. Heh pantang nampak coklat Aku ni (O.O) Kebetulan pula semua bahan memang dah ada, tak payah nak beli bagai, memang cun sangat *wink wink* Hasilnya? Hhmmm. . Kalau tengok dari gambar yang dikongsikan kat FB pun dah boleh buat tekak terasa ada keju dan coklat yang mencair, meleleh air liur tengok gambarnya. Memang betul la tuuu! Tak sampai sejam sejukkan, 33 biji Oreo Truffles tu melesap dari pandangan ke perut kami dua beranak! Mencair dalam mulut dengan rasa penuh coklat dan berkrim. Rasanya weee wooo! Om nom nom!! Serius sedappp. Eh? Over pulak. . (“,)



Bahan-Bahan -

* Oreo - 2 ½ cawan
* Cream Cheese - 250gm
* Dark Chocolate - 1 blok / 1 bar


Cara Membuat -

1. Hancurkan Oreo *dapatkan sukatan 2 ½*

2. Pukul/ putar cream cheese hingga kembang - masukkan oreo hancur.

3. Gaulkan hingga keduanya sebati.

4. Bulat-bulatkan adunan sampai habis - sama saiz.

5. Celupkan bebola dalam coklat masakan yang telah dicairkan.

6. Sejukkan dalam peti ais. SIAP!


Nota : Bahan-bahan; untuk keju krim Aku guna jenama Tartura. Oreo Aku guna yang dah siap hancur punya, ada jual kat pasaraya atau kedai bakeri. Coklat tu kalau nak gantikan dengan coklat yang manis macam 'Kisses' atau Hershey's pun boleh. Ikut suka la nak guna coklat apa ikut kegemaran masing-masing. Tambahan; lepas celup bebola dengan coklat boleh salutkan dengan coklat urai atau Oreo hancur sebagai hiasan ATAU, celup bebola sekali lagi selepas yang kali pertama beku *nomm nomm nomm* Ikut kreatif masing-masing laaa. Selamat mencuba (^_*)

No comments :

;