- 30 Jun 2014 -
Resepi : tyara NY
Kategori : Aneka Mee
Sub Kategori : Pasta
Saiz Hidangan : untuk 3-4 orang
Assalamualaikum & Salam Mesra.
Sinopsis : Mood nak habiskan semua bahan-bahan + barang-barang yang dibeli dan dikumpul sikit demi sikit sejak beberapa bulan lepas untuk tujuan berniaga bulan Ramadhan ni. Atas beberapa sebab serta kekurangan, Aku tak dapatkan teruskan plan berniaga di bulan puasa bagi mencari rezeki serta duit lebih *kecewa. sedih* Setiap kali terpandang bakul dan besen kat sudut dapur tu, hati rasa sebak jeee. Macam sia-sia je susah payah mengumpul semua tu. Rasa macam membazir pun iya juga!
Mula-mula je Aku rasa kecewa + sedih (",) Beberapa hari lepas tu dapur kehabisan stok makanan. Peti ais pun apa jeee yang ada. Kalut Aku fikir apa benda boleh makan untuk berbuka puasa nanti? Terduduk sekejap. Kemudian terpandang bakul dan besen yang penuh dengan bahan + barang yang Aku kumpulkan untuk berniaga tu. Terpacul 'Alhamdulillah' dalam hati. Tersenyum. Nah! Aku dah faham kenapa rancangan Aku untuk berniaga tak tercapai. Ini la hikmahnya. Nyata perancangan Allah jauh lebih baik. Aturan-Nya jauh lebih cantik. Alhamdulillah kami berbuka dengan apa yang ada jeee. Walau ringkas tapi amat la sedap. Rezeki kami (^_^) Menu pertama untuk proses menghabiskan semua bahan + barang berniga ialah Makaroni Goreng!

- Bahan-Bahan -
* Makaroni - ½ peket [250gm]
* Isi Ayam - 1 cawan [dipotong kecil]
* Bahan Tumis - secukupnya [dikisar]
* Sayur Kailan - 2-3 batang [dipotong kecil]
* Lobak Merah - 1 cawan
* Cili Padi - 2-6 biji [dikisar]
* Serbuk Cili - 3 camb [dibancuh air]
* Sos Tiram - 3 camb
* Sos Tomato - 3 camb
* Garam - secukupnya

- Cara Membuat -
1. Didihkan seperiuk air. Masukkan sedikit minyak dan garam. Rebus makaroni hingga lembut.
*toskan makaroni*
2. Sementara itu, goreng bahan tumis hingga garing dan naik bau.
3. Masukkan bancuhan serbuk cili, sos tiram dan sos tomato - renih seketika.
4. Masukkan lobak merah - renih seketika.
5. Masukkan ayam dan sedikit air - renih dengan api perlahan sehingga ayam masak.
*pastikan makaroni telah sejuk*
6. Masukkan sayur kailan dan garam - kacau rata.
7. Masukkan makaroni dan gaul hingga sebati. SIAP!

Nota : Makaroni tu Aku guna 'elbow' jenama Agnesi. Ayam tu bukan setakat isi je, dengan tulang sekali Aku letak, renih lama-lama bagi rencah lagi mengancam. Sayur hijau tu tak semestinya kailan, ikut la sayur apa yang korang suka. Aku kena guna sayur yang Armand 'nak' makan (",) Kalau nak pedas, tambahkan je cili padi, tak nak pedas kurangkan, ikut citarasa masing-masing la yeee. Hhmmm. . . Rasa sedap je Makaroni Goreng ni. Armand dari jeling-jeling lepas tu rasa kemudian bertambah-tambah. Alhamdulillah. Banyak peket lagi makaroni dalam bakul tu. Esok lusa boleh masak banyak-banyak dan sedekah pada saudara mara kat sini. Tak dapat untung berniga tapi boleh dapat pahala! (^_^)
No comments :
Post a Comment