HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Kek Mentega


- 3 July 2014 -

Resepi : tyara NY
Kategori : Kek
Sub Kategori : -
Saiz Hidangan : untuk 3-4 orang

Assalamualaikum & Salam Mesra.

Sinopsis : Asyik nampak perkongsian kek coklat cheese jeee kat timeline FB (*_*) Rupa masing-masing lebih kurang nak sama, resepi pun lebih kurang sama juga. Nak buat tapi tak ada keju. Meleleh je tengok gambar-gambar kek tu *aisehhh* Dalam kepala terfikir nak buat kek coklat, tapi coklat pula tak berapa nak cukup. Yang ada banyak Buttercup jeee. OK buat Kek Mentega je laaa. . Wajib ada coklat sebab dah terbayangkan kek coklat awal tadi (",) Bukan setakat coklat, blueberi dengan strawberi filling sekali Aku guna. Dapat la 3 perisa kek mentega sekaligus – weee! Heavenly. .



Bahan-Bahan  -

* Mentega - 250gm
* Gula - 1 cawan
*Telur - 3 biji
* Susu UHT - 1 cawan
* Susu Pekat - ½ cawan
* Esen Vanila - 1 camt
* Serbuk Penaik - 2 camt
* Tepung Kek - 2 cawan


Cara Membuat -

1. Pukul mentega, gula dan telur hingga hingga kembang.

2. Masukkan susu UHT, susu pekat, esen vanila dan serbuk penaik - kacau rata.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis - kacau rata.

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega.

5. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak. SIAP!




Nota : Untuk mentega/marjerin, kalau guna SCS atau Ballantyne rasanya lagi weee! Kalau tak nak manis, kurangkan gula. Tepung Aku guna tepung gandum *guna apa yang ada jeee* Coklat tu curahkan atas kek atau jadikan sos untuk cicah kek. Caranya macam biasa, coklat masakan + mentega + susu UHT = double boiler. Kalau bluberi dan strawberi, curahkan atas adunan bater sebelum bakar. Kalau ada perisa selain tu boleh tukar ikut citarasa masing-masing la ye (",) Asalkan ada rasa mentega sebab namanya KEK MENTEGA! Kek ni Aku bakar guna magic pan. . .

No comments :

;